We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Wednesday, November 28, 2012

PERANGAI PELIK PEMILIK LAMAN SOSIAL MALAYSIA 1

Sebelum pasukan Harimau Malaya turun menentang Laos dalam saingan piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Bukit Jalil, laman sosial Facebook dan Twitter telah digemparkan oleh dua pemilik akaun tersebut yang kemungkinan kabel dalam otaknya telah putus. Nampaknya Johari Pain dah ada skuad pelapis.

Tuesday, November 27, 2012

VIEW MENCAPAI 5 ANGKA

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua pengunjung, pembaca dan yang singgah sekejap di blog saya ini. Dengan kehadiran anda, blog saya telah mencapai 10 ribu paparan dan itu adalah bantuan daripada anda semua.

BOIKOT SEKEJAP

Ketika rakyat Gaza diserang oleh yahudi, pelbagai pihak menganjurkan pelbagai program bagi menunjukkan penentangan terhadap yahudi. Antara program tersebut adalah boikot, perarakan, memijak dan membakar bendera yahudi.

ISLAM PADA NAMA

Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan penampilan seorang pelakon wanita melayu yang berpakaian amat menjolok mata di Shout Award. Dengan berbaju yang nipis dan berseluar pendek, dia tampil di hadapan ribuan peminat yang menyaksikan majlis tersebut. Ada peminat yang terkejut dan ada juga peminat yang bersorak apabila pelakon tersebut keluar setelah dipanggil oleh pengacara. Anda tahu siapa pelakon tersebut?

Sunday, November 25, 2012

GAZA DISERANG YAHUDI-MALAYSIA DISERANG RAKYAT SENDIRI

Pemuda Gaza membantu kanak-kanak yang cedera ke hospital.

Setiap umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin di Gaza yang diserang oleh yahudi laknatullah tapi sedar tak sedar, negara kita juga diserang. Oleh siapa?

Siapa lagi kalau bukan rakyat sendiri. Kenapa saya berkata begitu?

Friday, November 23, 2012

What your biggest fear is and how it affects your life?

Apakah benda yang paling menakutkan untuk anda?

Benda yang saya paling takutkan ialah binatang berbisa iaitu Ular. Tapi yang peliknya saya suka melihat rancangan Discovery Channel berkenaan dengan Ular. Tengok boleh tapi nak pegang takut.

Kalu jumpa macam ni, tak tau la nak buat macam mana? Alamatnya lari je la..hehehe

Bagaimanakah ianya memberi kesan kepada kehidupan anda?

Kenapa Ular memberi kesan kepada kehidupan saya? Semestinya saya akan jawab saya geli dengan Ular dan sangat takut untuk berhadapan dengan Ular terutama yang berbisa. Setiap kali membersihkan kawasan rumah, perkara yang paling saya takut ialah jika saya terserempak dengan Ular. Saya berdoa dahulu sebelum mengangkat barang di belakang rumah yang terbiar takut berjumpa dengan Ular. Saya berani menyentuh Ular ketika haiwan tersebut mati la tapi itu pun sentuh pakai kayu. Kalu pakai tangan, mintak maaf banyak-banyak, geli..hehehehe

Ni yang takut sangat dengan ular ni. Kan dah kena tu. Memang cari penyakit la mamat ni.

Tapi sampai bila saya nak takut dengan Ular ni kan. Jadi, saya amat berharap agar suatu hari nanti saya diberi peluang untuk memberanikan diri saya menyentuh Ular dan bermain dengan Ular. Saya harus buang ketakutan ini supaya saya dapat hidup dengan lebih baik dari sebelum ini.

Kenapa sentuh bab ketakutan ni?
Saya menyentuh bab ketakutan ini kerana Astro akan menganjurkan sebuah rancangan berunsurkan ketakutan. Rancangan tersebut dikenali sebagai Astro’s Fear Factor Malaysia yang akan disiarkan pada awal bulan Disember ini.

Inilah dia pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia musim ini. Muka pun ganas tu. Lagi fear la peserta..hehehe

Rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz dan disertai oleh 30 orang artis ini iaitu Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin. Mereka akan diuji dari segi ketahanan fizikal dan mental mereka bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberi dan semestinya
tugasan yang diberi amat menakutkan selebriti tersebut.

Selebriti Fear Factor yang akan mengatasi ketakutan mereka. Sama-sama kita saksikan.

Kenapa nak tengok rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia ni?
Mestila nak tengok sebab saya nak tengok macam mana selebriti Malaysia ni mengatasi setiap tugasan yang diberikan dan mampukah mereka mengatasi ketakutan mereka ketika menyelesaikan tugasan tersebut. Mesti ade selebriti yang menangis ni.hehehehe.


Ok, pada pandangan awak, siapa akan muncul juara untuk Astro’s Fear Factor Malaysia kali ini?
Emm susah jugak nak jawab tu sebab semua selebriti yang join ni hebat-hebat tapi setiap yang hebat pasti ada yang paling hebat. Pilihan saya ialah Dr Faiz. Dia kan angkasawan. Mesti dia kena berani. Kalu setakat tempat tinggi tu, kacang je bagi dia. Dia juga semestinya sentiasa menjaga stamina dan kesihatan dia. Saya yakin Dr Faiz akan muncul juara untuk Astro’s Fear Factor Malaysia musim ini.



“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”

PELAKON TERKENAL MEMPERSENDA HUKUM AGAMA

Ramai sudah mengetahui tentang seorang pelakon terkenal negara yang telah mempersenda hukum agama Islam di Anugerah Skrin baru-baru ini. Pelakon tersebut berniat mempersenda sebuah stesen tv berunsur keagamaan tetapi sebenarnya apa yang dikatakan itu telah memperkotak-katikkan agama.


Wednesday, November 21, 2012

PUNCA PENGARUH LUCAH DI MALAYSIA



Pengaruh melibatkan perkara lucah makin berkembang di negara kita tanpa kita sedari. Pelbagai sumber mengundang kepada perkara lucah yang mana telah mempengaruhi pemikiran remaja kita sekarang. Kini, budak darjah 6 pun dah pandai menyebut perkataan lucah tanpa malu-malu malah berani menyebut perkataan tersebut di hadapan orang yang lebih tua dari mereka.

Monday, November 19, 2012

TAHUN BARU HIJRAH-AZAM TAHUN BARU ISLAM


Pada hari Khamis yang lalu, umat Islam di seluruh dunia menyambut 1 Muharam 1434 Hijrah. Pelbagai program dibuat untuk bagi menunjukkan keistimewaan awal Muharam ini melalui ceramah, perarakan, pertandingan nasyid dan lain-lain.

Monday, November 5, 2012

FILEM BERTEMAKAN SAMSENG MELAYU-KESANNYA KEPADA MASYARAKAT

Kongsi adalah salah satu filem bergenre samseng yang diminati ramai.

Taikun, Budak Pailang, KL Gangster adalah antara filem-filem yang memaparkan tentang kehidupan atau suasan samseng melayu di Malaysia. Walaupun ada pelakon berbangsa lain tapi kebanyakkan pelakon adalah melayu. Kalau dulu kita disajikan dengan filem seram, tahun ni pula filem bertemakan samseng.

PERANGAI DREBAR BAS


Sejak berpindah ke Kangar ni, bas adalah pengangkutan penting bagi ku untuk pulang ke kampung atau pun dari kampung nak ke tempat kerja di Kangar. Jadi, drebar bas ini ibarat drebar aku la bila aku nak balik ke kampung. Drebar bas ni pun manusia kan jadi masing-masing ade perangai tersendiri. Setiap kali balik kampung, aku suka naik bas kuning, malas la nak sebut nama nanti terasa pulak drebar aku..hehehe

LAGU UNTUK KEKASIH


Setiap stesen radio dan televisyen memainkan lagu yang merdu dan yang pasti lagu untuk pasangan kekasihdan percintaan. Ada lagu untuk pasangan  kekasih yang sedang hangat bercinta, lagu putus cinta dan ada juga lagu untuk kembali berkasih. Boleh dikatakan keseluruhan lagu yang keluar dari corong radio adalah lagu bertemakan pasangan kekasih.

Thursday, November 1, 2012

MALAM JUMAAT-FAHAMAN MASING-MASING


Malam Jumaat adalah malam yang sangat diminati oleh sesetengah pihak dan amat ditakuti oleh sesetengah pihak. Kenapa saya kata macam tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR