pada 14 hb september yang lepas, negeri kelantan telah diserikan dengan perlantikan DYM Sultan Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke lima menggantikan Tuanku Ismail Petra yang juga ayahanda baginda..
perlantikan tersebut dibuat selepas mendapat keputusan dari Majlis Perajaan Negeri yang memutuskan untuk melantik pemangku sultan sebagai Sultan Kelantan..
sesungguhnya negeri Kelantan memerlukan sultan setelah Sultan Ismail Petra diserang penyakit dan kita seharusnya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya baginda Tuanku telah sembuh..
semoga dengan pemerintahan Sultan Muhammad Faris Petra, negeri Kelantan akan terus dikurniakan kekayaan, keamanan dan ketenangan dari segenap ruang dari daerah Kota Bharu, terus ke Gua Musang..
sama-samala kita mendoakan agar pemerintahan Sultan Muhammad Faris Petra akan membawa Kelantan lebih dihormati dan disegani oleh negeri lain di Malaysia..
sekian..