Kali ini saya ingin menyentuh satu topik yang semakin menjadi2 pada masa kini. Setiap media cetak dan elektronik pasti terjadi perkara ini. Tak lupa jugak kepada manusia sekarang. Apakah perkara itu? Fitnah..
Fitnah adalah satu tabiat yang harus dijauhi oleh umat islam dan juga agama lain. Fitnah ini amat jahat kerana ia dapat menghancurkan orang perseorang, kumpulan dan juga sebuah negara.
Kenapa manusia sekarang suka sangat menfitnah? Apa yang mereka dapat daripada menfitnah orang lain?
Bila fikir baik2 dan tengok keadaan sekeliling, saya mula mendapat jawapan tentang persoalan saya itu.
Tapi ini pada pendapat saya la. Orang akan menfitnah bagi mendapatkan apa yang dihajatinya. Contoh yang paling mudah ialah macam ni. Si A dan si B ni kerja satu pejabat. Si A ni buat perkara yang disuruh oleh bos dia dengan elok tapi si B ni pegi bagitau bos dia, si A ni buat kerja tak elok. Itulah yang dinamakan fitnah. Dia sanggup mencemarkan nama orang lain dengan perkara yang tidak elok supaya dihukum oleh pihak yang berkenaan. Di zaman sekarang ni, pelbagai fitnah dibuat bagi menjatuhkan orang lain. Kadang2 agama pun di fitnah supaya belaku perbalahan antara kaum dan agama.
Ada juga yang menfitnah kerana dendam. Orang jenis ini akan melakukan apa saja fitnah supaya orang yang nak difitnah menerima hukuman. Apabila perkara itu berlaku, baru la dia puas kerana telah dapat menyelesaikan dendamnya. Orang yang pendendam ini jenis yang tidak putus asa. Dia akan melakukan perkara tersebut dengan bersungguh2 dan jika gagal, dia pasti akan memikirkan cara lain untuk membalas dendam sehingga dendamnya terbalas.
Selain itu, ade juga fitnah yang dilakukan dengan tidak sengaja. Macam mana tu? Biasanya ia berlaku apabila kita asyik berbual dengan kawan2 dan apabila kawan2 menceritakan keburukan orang lain, dia pun nak cerita juga. Maka dia telah melakukan fitnah.
Jadi, kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar dijauhi daripada perbuatan fitnah ini. Fitnah ini amat dasyat. Anda tahu apa dosa orang yang membuat fitnah? Dosanya lebih besar daripada membunuh.
Sama2 lah kita bertakwa kepada Allah dan sentiasa menjaga diri kita, mendekatkan diri kita dengan kebaikan dan menjauhkan diri kita dari kejahatan.
sekian.