We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, March 19, 2012

ANAK - ANAK DALAM BAHAYA

Assalamualaikum..

baru2 ini kita digemparkan dengan penculikan dan pembunuhan seorang budak perempuan berusia lima tahun, nurul nadirah atau lebih dikenali sebagai dirang. selepas dicekik, dia dibakar oleh penculiknya tanpa belas kasihan.

2 tahun lepas, jika kita masih ingat kepada adik sharlinie yang masih hilang sehingga ke hari ini. dia juga diculik dan kita masih tidak pasti keadaan adik sharlinie. apa yang pasti, kita amat berharap agar dia selamat dan akan pulang kepangkuan keluarganya yang amat merinduinya.

kita juga mesti tidak lupa dengan kisah adik nurin yang dibunuh dan disumbat di dalam beg. dia juga diculik dan dibunuh dengan kejam oleh penculiknya.

yang terbaru, seorang pelajar tingkatan 3 dari kuantan yang keluar untuk membeli top-up telah diculik oleh 2 orang lelaki dan seorang wanita yang membawa kereta jenis honda mengikut laporan media. dia yang keluar dengan adik2nya telah ditarik masuk ke dalam kereta dan kejadian tersebut tidak jauh dari rumahnya.


itu adalah antara kes2 penculikan yang berlaku di negara kita. banyak kes2 penculikan yang berlaku tetapi tidak digembar-gemburkan oleh pihak media. ada yang diculik, dilarikan ke negara lain, ada yang dirogol oleh teman lelaki dan yang paling kita takuti ialah dijual di negara lain.

cuba kita renung dan fikir, kenapa manusia sekarang sanggup menculik atau membunuh kanak2 yang baru hendak belajar erti kehidupan. adakah kerana manusia sekarang telah hilang sifat keperimanusiaan atau adakah kerana keadaan hidup seseorang?

banyak sebenarnya persoalan yang akan timbul tetapi apa yang pasti kejadian ini sebenarnya mengajar kita satu perkara iaitu kita sekarang harus lebih berjaga-jaga tentang diri dan anak2 kita.

jika sebelum ini, anak2 kita benarkan bermain di laman rumah tanpa perhatian daripada ibubapa atau adik-beradiknya, maka tradisi itu harus diubah. anak2 harus lebih diberi perhatian mulai dari sekarang dan sentiasa mengambil tahu pergerakan anak anda. lebih elok lagi jika kita tau siapa kawan2nya dan dengan siapa anak2 kita selalu keluar.

baik kita berjaga2 dari sekarang agar perkara yang tidak diingini dapat kita elakkan dan sentiasa lah kita berdoa kepada Allah agar anak kita sentiasa dilindungi dan dirahmatiNya.Amin

p/s : sama-sama la kita menjaga anak kita. berjaga2 sebelum kena..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR