pada jumaat lepas,penduduk kawasan perumahan saya telah mengadakan gotong royong bersama majlis bandaraya, jabatan bomba dan jabatan kesihatan..semuanyer berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan antara nyer ialah pemotongan dahan pokok,memotong rumput dan membersihkan longkang dengan bantuan pihak bomba..mereka menggunakan peralatan mereka untuk membersihkan longkang yangtersumbat dengan pancutan air yang kuat..selepas selesai bergotong royong,kami menjamu selera dengan bihun tomyam gorang yang ditempah dengan katering..boleh tahan la sedapnyer..
selepas selesai menjamu selera, kami berehat sekejap dan menyambung semula aktiviti gotong royong..selepas itu,kami bersurai dan berehat untuk solat jumaat..
sebelah petang pulak,pihak jabatan kesihatan membuat fogging pada kawasan perumahan kami bagi membunuh nyamuk aedes yang agak banyak kebelakangan ini..
saya gembira kerana kami semua berkumpul untuk menjalankan aktiviti yang baik untuk kesihatan tapi penyertaan pulak kurang memuaskan..apa pun penduduk amat berpuas hati kerana program ini berjaya dan kami berasa amat lega kerana kawsan perumahan kami telah bersih.
terima kasih kepada semua yang terlibat..harap2 kawsan perumahan lain akan dapat menganjurkan program seumpama ni agar kawsan perumahan kita akan bersih,dan penduduk pun akan bertambah sihat.