Setiap manusia mempunyai masalah yang berbeza..ade masalah yang mudah dihadapi dan ade yang memerlukan sokongan, dorongan dan pertolongan dari pihak lain untuk menyelesaikan masalah tersebut..
masalah pulak ade pelbagai jenis. antara masalah yang sering dihadapi oleh orang dewasa ialah masalah kewangan, kerja, rumahtangga dan bermacam-macam lagi..semua masalah itu kita kena hadapi walaupun kita tidak berupaya untuk menyelesaikannya..
tapi setiap masalah ade penyelesaiannye dan kita kena bijak untuk menguruskan masalah tersebut supaya masalah tersebut tidak berlarutan dan tidak akan merosakkan kehidupan, kerja dan pergaulan kita dengan rakan-rakan kita dan sebagainya..
pelbagai cara boleh kita usahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut..contonya kita boleh bertanya kepada orang yang lebih tua, merujuk kepada pihak yang mahir dengan masalah tersebut..contohnya jika berkaitan dengan agama,jumpa guru agama atau kadi..selain itu,kita juga boleh merujuk kepada buku,internet dan majalah untuk menambahkan pengetahuan kita bagi menyelesaikan masalah yang kita hadapi..
tapi ade satu cara yang sememangnyer kita wajib amalkan iaitu sentiasa la berdoa kepada Allah dan mohon la kepadanya petunjuk dan banyakkan melakukan amal ibadat seperti zikir,bersedekah agar dengan ketentuanNya dapat menyelesaikan masalah kita..
semoga semua masalah yang kita hadapi dapatdiselesaikan dengan aman dan yang pasti apabila masalah kita selesai, hati kita akan tenang..wassalam