Rezeki ada di mana-mana, berusaha la untuk dapatkan nyer, jangan harap cukup makan jer
ARTIKEL MENARIK
PENGIKUT BLOG SAYA
Thursday, February 10, 2011
GURU KENCING BERDIRI ANAK MURID KENCING BERLARI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
bertemu kita pada artikel kedua saya pada tahun ini..untuk catatan kali ini saya memilih tajuk "GURU KENCING BERDIRI, ANAK MURID KENCING BERLARI"..Kenapa saya memilih tajuk ini? semestinya ada kaitan dengan isu semasa yang agak terpencil tapi memberi impak yang besar dalam kehidupan kita..
2 hari lepas, saya ada membaca berita tentang seorang guru yang didakwa atas tuduhan cubaan merogol anak muridnya yang masih di sekolah rendah..apabila selesai membaca berita tersebut, saya termenung sejenak..jika seorang guru yang berpendidikan tinggi boleh melakukan perkara sedemikian, apatah lagi anak murid yang tak tau apa-apa..jika cubaan merogol tersebut betul-betul menjadi, apakah yang akan berlaku kepada pelajar tersebut? ini jugak mungkin salah satu penyebab kepada kehancuran moral remaja perempuan sekarang.apa akan jadi kepada pelajar dan keluarga pelajar tersebut? semestinya masa depan pelajar perempuan tersebut akan gelap kerana perlakuan seorang guru yang tidak berperikemanusiaan.
kita sentuh pulak kepada remaja-remaja kita sekarang.macam-macam perkara yang tidak elok berjaya mereka lakukan. contohnya, merempit, vandalisme dan lain-lain lagi tapi ade yang paling. mereka sanggup merakam perbuatan mereka ketika bersama-sama di atas katil dan melakukan aksi-aksi seakan video lucah yang dihasilkan oleh pelakon-pelakon mat dan mek salleh amerika..mereka sudah tiada perasaan malu, fikiran yang waras dan sudah tidak mengendahkan soal kehormatan diri dan soal kehormatan kelaurga. apa yang penting bagi mereka ialah menjaga hati pasangan masing-masing yang belum tentu akan dikahwininya selepas ini.itu semuanya disebabkan oleh cinta palsu yang hanya diluahkan dengan kata-kata tetapi tiada langsung keihklasan di hati..
itulah perbezaan antara guru dan anak muridnya..guru hanya baru mencuba tapi anak muridnya telah pun berjaya melakukannya dan perbuatannya lebih jahat dari apa yang dilakukan oleh gurunya..
jadi saya harap guru-guru yang rasa dirinya tidak berperangai elok, berubah lah kerana pemimpin masa depan bermula dari asuhan anda..
semoga anak-anak murid yang anda didik akan menjadi khalifah di muka bumi Allah ini..
sekian
Label:
ROGOL
GURU KENCING BERDIRI ANAK MURID KENCING BERLARI
2011-02-10T07:29:00-08:00
Unknown
ROGOL|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. KENAPA REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA 1. Ibubapa kerana mereka...
-
padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap r...
-
Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendeda...