We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Friday, February 25, 2011

MAULIDUR RASUL: BAGAIMANAKAH CARA BETUL MENYAMBUTNYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Lebih kurang 3 minggu sudah berlalu sambutan hari Maulidur Rasul yang lalu. seluruh dunia menyambut hari tersebut dengan pelbagai acara dan sambutan yang dilakukan dengan meriah sekali. negara kita juga tidak terkecuali dengan perarakan dan pelbagai acara untuk menunjukkan rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

tetapi terlintas di fikiran kecil saya ni, adakah sambutan Maulidur Rasul ini hanya dengan perarakan, pentomin mengenai perjuangan Rasulullah dan lagu-lagu yang berunsurkan keagamaan? perkara itu terlintas ketika melihat rancangan sambutan tersebut di stesen televisyen dan ketika melihat perarakan pelajar-pelajar sekolah rendah berdekatan tempat kerja saya. kenapa harus perarakan dan acara hiburan? kenapa tidak sahaja dibuat bacaan Yassin dan setiap stesen tv memaparkan cerita-cerita yang berkaitan sejarah perjuangan Nabi kita dan setiap kampung menyambutnya dengan mengadakan selawat dan berselawat kepada Nabi kita..

Kita sebenarnya telah menerapkan satu ilmu yang salah kepada anak-anak muda kita. sebab itu lah bila kita tanya kepada mereka tentang Maulidur Rasul, apa yang diorang tahu hanyalah perarakan. mereka tidak didedahkan dengan cara sambutan betul..

banyak cara yang boleh dibuat bagi menunjukkan kita menyintai Nabi kita ketika sambutan Maulidur Rasul. antaranya saya telah sebutkan di atas iaitu selawat kepada Rasulullah, mendengar ceramah berkaitan kehidupan Nabi, dan membaca tentang Rasulullah. dengan cara itu, Nabi akan lebih dekat dengan mereka dan semestinya ini akan menambah minat mereka untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang Rasulullah. selain itu, macam yang saya sarankan tadi, stesen tv harus memainkan peranan mereka sebagai media pengantara yang betul dengan menyiarkan perkara yang baik-baik sahaja..

jadi kesimpulannya, Maulidur Rasul harus disambut dengan cara yang betul dan umatnya harus membantu perjuangan Nabi kita melalui sirah Nabi yang terkandung dalam Quran dan Sunnah. sama-samalah kita memikirkannya..

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR