Apa yang saya perhatikan mengenai isu ini, Sharnaaz tidak sepatutnya bersikap kurang ajar dengan ND Lala kerana dia harus sedar bahawa ND Lala adalah wali kepada Shila Amzah. Jika ND Lala tidak bersetuju dengan pernikahan mereka berdua, maka mereka berdua tidak akan berkahwin sampai bila-bila.
Sharnaaz sepatutnya menghormati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan mereka berdua. Sharnaaz tidak sepatutnya menjatuhkan air muka ND Lala di media kerana itu pastinya akan memalukan kedua-dua belah pihak.
Peminat kedua-dua artis ini juga pastinya tidak menyukai situasi ini. Tidak mustahil ada yang berharap agar kedua-dua pasangan ini berpisah. Kalu difikirkan dengan baik, kita sebenarnya sedang dipertontonkan mengenai perangai sebenar Sharnaaz.
Jika Shila Amzah tu anak saya, saya pasti tak bagi kahwin dengan lelaki yang macam ni. Belum lagi jadi menantu tetapi dah pandai tunjuk perangai. Jika inginkan perkara ini selesai, Sharnaaz hendaklah memohon maaf kepada keluarga Shila Amzah dan hentikan semua perselisishan ini.
Semoga kedua-dua pasangan artis ini akan berjaya menyelesaikan persesilisihan ini agar mereka berdua akan kekal sebagai suami isteri hendaknya.