We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Wednesday, June 12, 2013

PESAN MI GORENG AYAM DAPAT EXTRA

Apa extranya? Baca artikel ini.

Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga yang mengunjungi sebuah restoran mamak yang terkenal di kawasan peranginan Tanjung Piai, Pontian Kecil, Johor.



Keluarga ini memesan tiga hidangan mi dan maggi goreng ayam. Anuar@Jaffar Jema’at, 44, berkata “Makanan sampai satu-satu, tapi isteri saya terima  dan makan dahulu". Tetapi alangkah terkejut apabila dia lihat beberapa ulat keluar daripada celah mi goreng dan ayam di dalam pinggannya.

"Malah, ketika hidangan maggi goreng ayam dan mi goreng dipesan saya serta anak sampai, kami dapati makanan itu turut berulat. Walaupun tiada keracunan makanan, tetapi bimbang disebabkan kejadian itu, anak isteri trauma makan makanan goreng," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar berkata, ulat-ulat itu dipercayai datang daripada ayam goreng yang tercemar dan kotor, tetapi tetap dijual. Katanya, dia yang tidak berpuas hati kemudiannya memanggil pengurus dan penyelia, namun hanya pekerja warga Bangladesh mengendalikan restoran itu.

Anuar memegang laporan polis sambil menunjukkan gambar mi goreng ayam yang berulat

“Saya tanya di mana pengurus, mereka kata tidak ada. Kemudian saya minta nombor telefon sebelum seorang lelaki juga rakan pengurusnya datang. Mereka langsung tidak ada penyelia dan wakilkan orang lain selesaikan aduan.

"Saya minta segala dokumen berkaitan pendaftaran restoran itu bagi tujuan rekod serta laporan polis," katanya.
Anuar berkata, dia kemudiannya membuat laporan polis dan aduan di pejabat kesihatan bagi mengelakkan perkara sama berlaku lagi.

Anuar juga membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Hulu Selangor dan dicadangkan membawa perkara itu kepada mahkamah sivil.

Menurutnya, kementerian kesihatan dan pihak berkuasa tempatan perlu bertindak tegas kerana difahamkan, bukan sekali masalah itu berlaku di restoran tersebut.

Jadi, pesanan saya, sebelum anda makan masakan di kedai atau restoren, pastikan makanan anda tidak mempunyai makhluk lain yang boleh membahayakan kesihatan anda. Perkara ini telah berlaku kepada beliau dan tidak mustahil akan terjadi kepada kita. Maka sama-sama la kita beringat agar perkara ini dapat dielakkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR