We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Tuesday, July 2, 2013

KEJAHATAN DALAM FACEBOOK


Setiap orang mempunyai akaun FB masing-masing. Ada yang suka posting gambar, like status, messaging dan pelbagai lagi. Trend terbaru sekarang ini ialah perniagaan melalui FB. Pendek tulis, macam-macam la boleh buat kat FB ni.



Tetapi setiap perkara ada baik dan buruknya. FB pun tak terlepas dari perkara buruk. Di sini saya himpunkan beberapa penipuan dan kesalahan dalam FB.

1. PENIPUAN INDENTITI

Sesetengah pemilik FB meletakkan nama dan gambar profil yang palsu. Kemudian, mereka menggunakan identiti tersebut untuk melakukan penipuan terhadap remaja, pembeli dan lain-lain lagi.

2. PENIPUAN URUSNIAGA

Beberapa pembeli telah ditipu melalui urusniaga yang dibuat melalui akaun FB ini. Penipu ini memaparkan iklan yang tidak betul dan selepas duit dimasukkan ke dalam akaun bank, mereka terus senyap.

3. PENYEBARAN AJARAN SESAT

Pelbagai pihak menggunakan FB ini untuk menyebarkan ajaran sesat mereka agar pengikut mereka bertambah.

4. KUMPULAN YANG MENARIK KE ARAH HUBUNGAN SONGSANG

Terdapat banyak pemilik FB yang membuat kumpulan bagi menarik minat pemilik FB lain untuk menyertai kumpulan perhubungan songsang ini.

5. PENYEBARAN LAMAN WEB DAN GAMBAR LUCAH

Sesetengah pihak meletakkan gambar dan link-link laman web lucah untuk menarik pemilik FB melayari laman web mereka. Berhati-hatilah.

6. PENYEBARAN HADIS PALSU

Terdapat sesetengah yang tidak bertanggungjawab mengubah hadis nabi dan menyebarkannya kepada pemilik FB. Jika tidak membuat penilaian terlebih dahulu, maka kita mungkin boleh sesat dengan hadis yang dikongsikan itu.

7. PEMUTUS SILATURRAHIM DAN PENYEBAB PENCERAIAN

Dengan FB, beberapa pasangan telah berpisah dan pasangan berkahwin juga ramai yang bercerai. Semuanya disebabkan oleh salah penggunaan FB.

Itulah antara kejahatan yang terdapat dalam FB ini. Ianya dapat membahayakan pemilik FB yang lalai dan tidak berjaga-jaga ketika melayari FB. Selidik dahulu perkara yang dikongsikan, bila dah betul baru lah kita kongsikan kepada rakan-rakan dan pemilik FB yang lain. Beringat lah, sekarang ini ramai penipu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR