Rezeki ada di mana-mana, berusaha la untuk dapatkan nyer, jangan harap cukup makan jer
ARTIKEL MENARIK
PENGIKUT BLOG SAYA
Saturday, January 4, 2014
HARGA BARANGAN TAK MASUK AKAL- 2014 TAHUN HARGA BARANG NAIK
Setelah 5 hari menjengah tahun baru 2014, pelbagai laporan dari akhbar dan media elektronik berkenaan barang naik harga seperti yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini. Kenaikan harga yang tidak munasabah ini didorong oleh kenaikan bahan asas seperti minyak dan juga gula selain kos pengangkutan.
Ada barang keperluan yang naik satu kali ganda dari harga sebelum ini. Sayuran, telur dan serta barang basah seperti ayam dan makanan laut juga mengalami peningkatan.
Mengikut kata menteri Malaysia yang bijak pandai disokong oleh rakyat yang cerdik lagi bijaksana, kenaikan harga barang baik untuk ekonomi negara meningkat naik. Ekonomi negara meningkat naik, ekonomi rakyat makin turun. Biar rakyat merana asalkan negara maju dan negara Malaysia gah di mata dunia tetapi rakyat terpaksa merempat untuk mencari sesuap nasi.
Adakah itu yang kita inginkan? Kerajaan bertambah duit tapi rakyat bertambah hutang. Dengan harga minyak naik, tidak mustahil rakyat tidak mampu mengisi minyak dan basikal bakal menjadi pengangkutan utama rakyat Malaysia. Gaji minimum RM 900 tambah elaun dan ot, dapatlah RM 1500. Adakah cukup RM 1500 jika kita memiliki anak sekolah 2 orang dan 1 kereta dan perbelanjaan keluarga di rumah?
Kenaikan terbaru yang dilaporkan bakal berlaku adalah kenaikan harga barangan persekolahan anak2. Itu sememangnya telah berlaku. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah pada peringkat rendah iaitu tahun 1-3, mereka pasti terkejut apabila terpaksa membayar harga buku PBS yang banyak.
Adakah dengan gaji RM 1500, mampu untuk membahagiakan keluarga? Betul, duit bukan segala-galanya tetapi duit yang cukup dapat membantu sesebuah keluarga menjadi lebih baik.
Rakyat disuruh berjimat sedang pihak tertinggi tidak pula berjimat. Adakah itu adil namanya? Tidak sama sekali. Rakyat yang berpendapatan rendah sebenarnya telah berjimat. Kalau mereka tak berjimat, sudah tentu mereka akan membeli kereta besar dan rumah besar serta makan makanan yang sedap2 hari. Tapi mereka tidak mampu. Jadi siapa yang harus menolong mereka kalu bukan kerajaan yang dilantik.
Isu kenaikan harga barang ini akan terus diperkatakan dan saya yakin rakyat akan sedar akan keadaan ini. Mereka pasti inginkan perubahan bukan sahaja demi kebaikan mereka tetapi juga demi kebaikan anak2 mereka pada masa hadapan.
Sama-sama doakan agar harga barang dapat diturunkan dan kehidupan rakyat Malaysia akan lebih aman dari sebelum ini.
Label:
2014,
HARGA BARANG NAIK,
INFO MASYARAKAT
HARGA BARANGAN TAK MASUK AKAL- 2014 TAHUN HARGA BARANG NAIK
2014-01-04T21:11:00-08:00
Unknown
2014|HARGA BARANG NAIK|INFO MASYARAKAT|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. KENAPA REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA 1. Ibubapa kerana mereka...
-
padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap r...
-
Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendeda...