We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Tuesday, January 7, 2014

MARUAH SENIPIS KULIT BAWANG - ZINA SEMAKIN BERLELUASA

Setiap kali kita menyambut tahun baru, kita pasti dihidangkan dengan berita penangkapan pasangan muslim berkhalwat di hotel budget atau hotel murah. Yang paling teruk ialah seorang ibu sanggup membawa dua orang anaknya ketika melakukan maksiat bagi mengaburi mata penguatkuasa dan pegawai jabatan agama Islam.


Apa yang dapat saya perhatikan, perkara ini seperti sudah menjadi trend setiap tahun. Bukan sahaja orang dewasa, remaja juga semakin mudah terlibat dalam kemaksiatan ini. Mereka lagi melampau apabila tidak malu menghebokkan maksiat yang mereka lakukan.

Pembuangan bayi masih lagi berlaku.Perkara ini disebabkan oleh kurangnya sifat kasih sayang ibu bayi tersebut kerana ingin menutup kesilapan mereka. Boleh kita katakan isu pembuangan bayi di negara kita ini lebih teruk dari zaman jahiliyah pada zaman Nabi Muhammad dulu.

Pada zaman jahiliyah dulu, mereka hanya menanam anak perempuan tetapi tidak anak lelaki tetapi negara kita, semua bayi buang. Yang paling ganas, siap bakar supaya terus hilang dari dunia. Belum yang tinggal dalam baldi dan ada yang terus tanam selepas lahir.

Tak kesian ke ibu bayi tersebut memperlakukan darah daging yang mereka tanggung selama 9 bulan tu? Cuba mereka perhatikan pasangan yang berkahwin secara sah. Pasangan itu akan berusaha sehabis mungkin agar dapat memiliki zuriat tetapi mereka ini pula senang-senang membuang bayi demi menutup malu mereka.

Saya rasa, pencegahan segera perlu dilakukan agar perkara zina dan pembuangan bayi ini dapat dihentikan. Ini kerana dua perkara itu boleh memecahbelahkan negara dan juga boleh menyebabkan negara dilanda musibah dan bala dari Yang Maha Kuasa.

Pihak berwajib telah menjalankan tanggungjawab mereka tetapi hukuman yang dikenakan kepada penzina dan pembuang bayi amat lemah dan tidak menakutkan mereka. Apa yang perlu dilakukan ialah pelaksanaan hukuman yang lebih berat agar menjadi pengajaran kepada masyarakat sekeliling.

Hukuman denda RM 1000 atau RM 2000 tidak membantu mengurangkan perkara ini berlaku. Ini kerana duit boleh dibeli tapi jika mereka disebat di khalayak ramai, saya pasti mereka yang lain pasti tidak mahu melakukan perkara terkutuk itu lagi. Saya tidak menyokong mana-mana parti tetapi yang harus ditegakkan, wajib kita tegakkan.

Semoga negara kita sentiasa aman dari maksiat dan seterusnya menjadi negara yang dirahmati dan diberkati Allah. Amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR