Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
hari ini saya ingin menyentuh tentang tajuk di atas. saya tertarik untuk meluahkan perkara ini kerana saya terfikir kenapa kematian artis lebih dirasai, lebih disedihi, lebih dikenang berbanding kematian para ulama yang telah membawa sinar kepada bangsa dan negara..
apabila seseorang artis itu meninggal dunia, satiap orang pasti akan tahu dan pasti akan sedih dengan kehilangan seorang penghibur yang telah menghiburkan mereka semasa beliau hidup tetapi jika seorang ulama meninggal dunia, hanya pengikut ulama tersebut dan orang bawah saja yang tahu hal itu..
kenapa ini terjadi? kenapa kematian artis akan dikenang setiap kali tarikh kematiannya tiba? adakah itu satu kewajipan atau pun kita hanya meniru gaya barat yang sentiasa mengangkat dunia hiburan? anda tahu jawapannya dan saya ada pendapat dan saya ingin luahkan di sini..
pada pendapat saya, semua itu adalah pengaruh dari barat yang ingin melalaikan kita dari mengingati perjuangan para ulama yang mengangkat agama Islam di negara ini. setiap apa yang dilakukan oleh barat dalam bab hiburan ni, lebih kepada mempengaruhi minda masyarakat kita untuk taksub kepada hiburan dan juga artis..
jadi apa yang harus kita lakukan supaya kita tidak akan lalai lagi kepada perkara tersebut?
1. kita harus sentiasa sedar bahawa setiap apa yang artis buat tu adalah salah jika mereka membuka aurat dan bersentuhan dengan yang bukan muhrim. jadi kita harus melupakan artis tersebut kerana apa yang dilakukan sememangnya salah di sisi agama Islam.
2. cuba kita fikir balik, apa kah kebaikan yang kita dapat daripada artis yang sedang menyanyi, menari dan berlakon itu? sebenarnya langsung tiada kebaikan tetapi apa yang kita dapat adalah dosa dan kelalaian.
berbalik kepada kematian para ulama kita.
kalau kita tanya kepada ibu dan ayah kita, siapakah wali-wali, para ulama yang mereka kenal? adakah mereka boleh sebut nama2 ulama tersebut? kalau masyarakat dahulu, mereka amat mengenali para ulama ini dan ada yang sempat menadah ilmu dengan mereka.
mereka juga amat bermakna untuk pembangunan negara. ini kerana ada sesetengah pada ulama ini telah memberikan buah fikiran yang baik demi pembangunan negara. sebab itu, pada zaman dahulu, negara kita dalam keadaan yang aman dan sentiasa dilindungi oleh Allah. tetapi sekarang tidak lagi. kenapa?
kerana kita sekarang lebih mengutamakan artis dari pada ulama..
sama2 la kita muhasabah diri kita dan sedarlah bahawa kematian ulama adalah salah satu tanda kiamat. jadi harus kita ingat, dunia sekarang sudah hampir ke penghujungnya. sama2 la kita bertaubat dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya.
sekian..