Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Semalam saya menyentuh pasal sifat sabar dan pada hari ini saya ingin menyentuh sifat yang berlawanan dengan sifat sabar iaitu marah..
sifat marah sangat bahaya jika tidak dibendung dengan baik. marah adalah penyakit hati dan kerana marah, kita boleh ditimpa penyakit yang kita sendiri tidak sedar kehadirannya..
sifat marah ini bermula daripada rasa tidak puas hati yang memuncak dan ditambah dengan sedikit hasutan syaitan, menjadikan si tidak puas hati bertukar kepada si pemarah..
marah sama juga dengan sabar iaitu ada tahap atau hadnya. bila seseorang itu terlampau marah dan marah itu melebihi daripada sifat sabar, maka sifat marah itu akan mempengaruhi tuannya untuk melakukan perkara yang merbahaya..
jadi, adakah cara untuk memberhentikan sifat marah ini? ada dan cara tersebut ada dinyatakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis Baginda yang menerangkan cara untuk mengatasi sifat marah ini.
cara tersebut ialah:
1. jika kita marah ketika dalam keadaan berdiri, kita hendaklah duduk untuk meredakan marah.
2. jika kita marah ketika dalam keadaan duduk, kita hendaklah berbaring untuk menghilangkan rasa marah.
3. jika marah tidak jugak hilang, ambil wuduk dan buatlah solat 2 rakaat dan berdoalah kepada Allah untuk memohon ketenangan hati..
sama2 la kita mengamalkan apa yang telah dicatitkan di sini. semoga kita sentiasa dapat mengawal perasaan hati dan perasaan kita untuk mendapat kehidupan yang tenang..
sekian..