We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Tuesday, April 5, 2011

SABAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

kali ini saya ingin menyentuh suatu sifat yang amat rapat dengan kita dan memang sangat diperlukan untuk diri kita apabila kita diuji oleh Allah Yang Maha Kuasa. sifat tersebut dipanggil sebagai sabar..

sabar amat sebati dengan diri kita. apabila berlaku sesuatu perkara dan kita dapat menghadapinya dengan tenang kerana ape? kerana sifat sabar. kita harus bersyukur kepada Allah Taala kerana menjadikan manusia beserta dengan sifat yang amat hebat ini..

tanpa sifat sabar, banyak keburukan yang akan berlaku kepada dunia ini. antara keburukan tersebut ialah manusia akan saling bergaduh sesama sendiri, tiada negara yang aman damai dan berlaku kemusnahan di alam ini.

dengan sifat sabar, semua itu dapat dielakkan. ini kerana dengan kesabaran, manusia dapat menahan segala keinginan yang jahat dalam diri mereka dan dapat menggelakkan mereka melakukan kesilapan yang besar..

tetapi sifat sabar ada had dan tahapnya. apabila sifat sabar ini hilang, maka nafsu serta kemarahan akan menguasai diri dan maka kita pun melakukan kesilapan yang memakan diri sehingga menyebabkan diri merana..

jadi, sama2 la kita mantapkan sifat sabar kita dengan memperbanyakkan istighfar dan sentiasa berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR