We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, July 8, 2013

YANG SALAH DISOKONG, YANG BETUL DITOLAK


Ramai sudah mengetahui kejatuhan Presiden Mesir, Doktor Muhammad Morsi yang telah digulingkan oleh tentera Kerajaan Mesir yang berpaling tadah dan kekejaman rejim Basyar di Syria.


Jika dilhat dari maklumat yang disebarkan melalui internet dan juga FB, kita boleh membuat pelbagai penilaian mengenai krisis Presiden Mesir dan kekejaman rejim Basyar ini.

Penilaian ini saya buat sendiri berdasarkan maklumat melalui FB dan laman blog.

1. Pada pendapat saya sebagai seorang yang beragama Islam pastinya menyokong penuh perjuangan Dr. Muhammad Morsi yang terang-terangan ingin merubah prinsip pemerintahan bekas Presiden Mesir dahulu, Hosni Mubarak yang dilabel sebagai pemerintah kuku besi. Beliau ingin menegakkan agama Allah di Mesir. Semua itu hanya kekal selama setahun dan sekarang beliau ditahan oleh pihak tentera Mesir. Presiden Turki, Endorgan telah menyatakan bahawa beliau hanya akan berurusan dengan Dr. Muhammad Morsi sahaja dan beliau juga mengutuk tindakan rampasan kuasa tersebut.

Tetapi pelik pula apabila pemimpin yang beragama Islam yang merelakan rampasan kuasa tersebut dan pemimpin itu juga mengatakan bahawa rakyat mampu menggulingkan pemimpin walaupun pemimpin tersebut dipilih melalui cara demokrasi. Beliau langsung tidak menunjukkan rasa sedih dengan kejatuhan seorang pemimpin yang ingin menegakkan agama Islam tapi sebaliknya meluahkan rasa tidak puas hati beliau mengenai perhimpunan yang dilakukan oleh rakyat Mesir.

Di Syria pula, pejuang Syahid yang menuntut keadilan di negara mereka dan berjuang menentang syiah dipanggil pemberontak sedangkan mereka menuntut hak mereka. Dunia sudah terbalik dan kebenaran sekarang makin jauh dan kejahatan makin dekat dengan manusia. Terang-terangan puak Syiah melakukan pembunuhan terhadap pengikut Sunni. Para pengikut kerajaan Syria menganggap Bashar adalah Tuhan dan itu terang-terangan menunjukkan puak Syiah telah jauh terpesong dari agama Islam. Ini yang patut dijatuhkan dan ditentang.


2. Pemimpin negara yang beragama selain Islam pastinya berpuas hati dengan kejatuhan Dr. Muhammad Morsi dan pastinya negara yahudi pasti meraikannya kerana pengganti Dr. Muhammad Morsi adalah penganut Kristian (mengikut maklumat yang dibaca). Selain pemimpin, stesen tv juga tidak terlepas dari menabur fitnah dan melabelkan seseorang pemimpin itu sebagai diktator. Kalu negara luar, kita tak kisah, ikut dia la nak kata apa pun tapi masalahnya stesen tv di negara Islam sanggup menilai Dr. Muhammad Morsi sebagai diktator.

Adakah stesen tv itu menyiarkan berita tanpa membuat siasatan terlebih dahulu? Jika berita tersebut di'copy' dari berita luar negara yang kafir, sememangnya stesen tv tersebut telah melakukan fitnah yang besar. Seorang pemimpin yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan seorang yang rendah diri telah dilabelkan sebagai diktator. Tergamak stesen tv ini. Nampak sangat stesen tv ini tidak membuat siasatan terhadap berita yang disiarkan. Berita tersebut hanya diterjemah dari berita luar negara.

Isu di Syria pula, media eletronik kita menganggap pejuang Islam adalah pemberontak. Adakah pembaca berita ketika itu tidak mengetahui perkara sebenar? Jika mereka menolong menyebarkan fitnah, maka saya yakin hasil gaji mereka tidak halal. Kebenaran tetap kebenaran walaupun susah untuk diungkapkan. Sedarlah wahai pemilik stesen tv dan radio serta pekerjanya, anda adalah sumber pengetahuan rakyat. Jika anda bohong maka ramai la yang terpedaya dengan tipuan anda tapi jika anda menyebarkan dakwah dan diikut oleh ramai orang maka pahala berlipat kal ganda anda akan perolehi. Fikir-fikirkanlah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR