We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, August 1, 2013

KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK - MALAYSIA IBARAT AMERIKA SYARIKAT

Gambar Hiasan.

Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita kejadian pembunuhan melibatkan tembak menembak. Ada yang ditembak di traffic light, di kedai makan, dalam kereta dan lain-lain lagi.


Kes ini bermula dengan pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam yang ditembak ketika berhenti di simpang lampu isyarat di Putrajaya. Selepas itu, seorang peniaga ikan dan seorang guru di Kelantan telah ditembak. Perkara itu tidak berhenti di situ apabila beberapa lagi kes tembak menembak dilaporkan di seluruh Malaysia.

Perkara ini dipanjangkan kepada pegawai atasan tetapi jawapan yang diterima amat mengecewakan. Beliau berkata peningkatan kes tembak menembak ini tiada kaitan dengan sebuah pasukan keselamatan negara. Beliau seharusnya sedar perkara ini amatlah membimbangkan kerana ia melibatkan nyawa rakyat Malaysia. Sebaiknya dia harus mengerahkan pasukan keselamatan meningkatkan tahap keselamatan di sempadan negara. Ini kerana senjata api yang digunakan penembak itu pastinya datang dari negara jiran kita.

Apa yang saya perhatikan, penembak ini sangat berani kerana melakukan jenayah pada siang hari dan ada sesetengahnya yang tidak memakai pelindung muka. Ini membuktikan tahap keselamatan negara kita amat rendah dan penjenayah ini sedar perkara itu dan mereka mengambil peluang tersebut untuk melakukan jenayah.

Pihak yang berkenaan harus menyelesaikan perkara ini sebelum ia makin melarat dan makin ramai rakyat yang tidak bersalah akan menerima nasib malang. Maksud saya ialah jika maklumat yang diberikan salah, maka pasti orang lain yang akan ditembak.

Tembak menembak ini bukan perkara yang kecil dan pihak atasan harus sedar, nyawa rakyat sekarang terancam. Saya amat berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan penjenayah yang terlibat segera ditangkap.

Semoga negara yang kita sayangi ini akan aman sentosa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR