Rezeki ada di mana-mana, berusaha la untuk dapatkan nyer, jangan harap cukup makan jer
ARTIKEL MENARIK
PENGIKUT BLOG SAYA
Friday, December 28, 2012
BAGAIMANA MENGHILANGKAN MASALAH KEHITAMAN DI BAWAH LENGAN
Punca paling utama terjadinya masalah bawah lengan hitam adalah disebabkan kulit bersentuhan di antara bawah lengan yang menyebabkan meninggalkan kesan hitam yang sukar diputihkan.
Antara penyebab biasa yang menjadikan bawah lengan hitam adalah dengan mencukur bawah lengan menggunakan pencukur (shaver) yang menyebabkan micro abrasion. Sebenarnya teknik pencukuran menyebabkan kulit bawah lengan kita menjadi luka tanpa disedari dan disebabkan itu setelah elok, luka daripada kesan cukuran tadi meninggalkan kesan kulit hitam.
Oleh itu, jika anda mencukur bawah lengan menggunakan pisau pencukur dan kemudian anda sapukan sedikit alkohol pasti anda akan berasa pedih kerana luka selepas mencukur.
Selain itu, pemilihan deodoran juga boleh menyebabkan alahan dan gatal di bawah lengan yang akan menyebabkan bawah lengan menjadi hitam akibat dari ketidaksuaian penggunaan deodoran yang ada.
Ramai yang cuba menggunakan pelbagai produk di pasaran untuk mengatasi masalah kehitaman bawah lengan, namun jalan penyelesaian yang paling bagus dan terbukti keberkesanannya adalah berjumpa sendiri dengan pakar dermatologis untuk mengetahui apakah punca sebenar bawah lengan anda menjadi hitam.
Mereka pasti akan ada jawapan yang kukuh dan menyarankan anda membuat beberapa rawatan khas untuk mengembalikan keputihan bawah lengan seperti remaja.
Namun begitu, selain berjumpa pakar kulit, anda boleh mencuba sendiri beberapa tip-tip ringkas yang boleh dilakukan di rumah untuk memutihkan bawah lengan.
Sapuan limau
Disebabkan limau mempunyai vitamin C amatlah baik penggunaannya kepada bawah lengan. Buang bijinya, kemudian lumurkan limau tersebut secara bulatan dan kemudian bilas bawah lengan dengan air bersih hingga hilang lekitan. Sapu dengan bedak di akhir proses. Buat ini setiap malam untuk lihat hasilnya.
Campuran buah limau, madu dan bedak tawas
Campurkan satu sudu teh jus limau dan juga madu. Gunakan campuran tersebut dan lumurkan ke atas permukaan bawah lengan yang hitam. Biarkan ia selama 20 ke 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan proses ini sebelum anda mandi. Anda juga disarankan meletakkan bedak tawas selepas anda keringkan badan.
Gunakan teknik laser
Kaedah ini adalah antara paling berkesan untuk mendapatkan bawah lengan yang putih dan menawan. Disebabkan harga untuk menggunakan kaedah ini agak mahal jarang orang mengambilnya sebagai jalan penyelesaian. Teknik ini akan membuatkan bulu bawah lengan anda lenyap buat selama-lamanya dan anda tidak lagi perlu mencukur setiap kali bulu tumbuh. Kaedah ini juga membuatkan permukaan kulit bawah lengan anda menjadi lebih lembut dan secara tidak langsung ia akan bertukar menjadi putih.
Label:
KESIHATAN
BAGAIMANA MENGHILANGKAN MASALAH KEHITAMAN DI BAWAH LENGAN
2012-12-28T00:33:00-08:00
Unknown
KESIHATAN|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. KENAPA REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA 1. Ibubapa kerana mereka...
-
padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap r...
-
Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendeda...