We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Friday, December 7, 2012

PELIK : HANYA DI CHINA 1

China adalah sebuah negara yang sedang berkembang maju dari segi ekonomi dan sukan. China dikenali di seluruh dunia dengan kehebatan projek-projek mega yang dibangunkan oleh pemerintah bagi menarik pelancong ke nagara mereka. Ribuan bilion dollar dihabiskan untuk tujuan tersebut.


China juga mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Bila penduduk dah ramai, maka pelbagai ragam dan perkara pelik yang berlaku di negara ini.

1. Rumah di tengah lebuh raya.
Sebuah lebuh raya di China terpaksa dibina dengan pelik apabila sebuah rumah yang dihuni oleh sepasang suami isteri tidak mahu berpindah. Alasan yang diberikan ialah wang pampasan yang diberi kerajaan sedikit.

Ini lah rumah tersebut

Setelah perbincangan dibuat, akhirnya pemilik rumah, Luo Baogen dan isterinya sudi menerima wang pampasan tersebut dan rumah itu telah pun dirobohkan.


2. Pengemis di kurung 
Kesemua pengemis dikurung dalam kandang apabila sebuah festival yang diselenggarakan di sebuah kuil di Nanchang, Provinsi Jiangxi dijalankan. Tujuan pengemis ini dikurung ialah supaya mereka tidak menggangu penggunjung yang datang ke festival tersebut. Tengok sekali kesian pulakkan.


3. Festival air dibatalkan kerana
Sebuah festival air terpaksa dibatalkan apabila beberapa kumpulan lelaki menyerang beberapa orang wanita.


Tu la, nak pegi sangat tempat macam tu. Kan dah kena.

4. Balasan buang sampah 
Seorang remaja yang membuang sampah sesuka hati menerima balasan yang sadis dari seorang penyapu sampah di Hunan, Zhou Ting (22) putus jari hantunya selepas dikelar oleh Guo Nengfang (33) kerana membuang sampah dari kenderaan yang dinaikinya.


Pengajaran untuk semua orang. Jangan buang sampah merata nanti kena potong tangan.

5. Universiti mahu pelajar wanita kencing berdiri untuk jimatkan air.
Sebuah universiti di Xian menyuruh pelajar wanita kencing secara berdiri untuk menjimatkan penggunaan air. Mereka telah membina tandas kencing seperti tandas lelaki tetapi mereka diberikan kertas yang akan mengalirkan air buang terus ke dalam tandas tersebut.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR