Setelah diselidik, lelaki ini adalah peminat video lucah dan dia mengakui sempat melayan video tersebut sehari sebelum bertolak ke Tanah Suci. Setelah bertaubat dan melakukan sunat taubat, dia pun dapat masuk ke Masjidil Haram tetap dekat dengan pintu je.
Itu lah sinopsis tentang kisah tersebut. Ia memberi petunjuk yang sangat besar kepada kita tentang hukuman dan azab Allah serta kesucian Tanah Suci itu. Banyak kisah-kisah yang kita dengar berlaku kepada jemaah kita yang pergi ke Tanah Suci. Ada kisah baik berlaku dan banyak juga kisah buruk yang menimpa jemaah dilaporkan.
Sebelum ke Tanah Suci, kita diwajibkan untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah dan manusia setakat yang termampu. Kita juga hendaklah mengelakkan diri kita dari melakukan maksiat yang akan menyebabkan kita akan dihukum oleh Allah Taala.
Hukuman yang diterima oleh lelaki tersebut adalah hidayah dan petunjuk dari Allah. Allah amat menyayangi hamba Nya dan lelaki tersebut pastinya sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana telah menyedarkannya di atas maksiat yang telah dilakukan. Tanam lah azam dalam diri saya dan anda semua, pembaca blog ini untuk mengelakkan dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat yang akan memudaratkan diri kita.
Semoga kita semua akan dirahmati dan diberkati Allah.