We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Friday, December 14, 2012

DICABUL PELAKON TAMBAHAN DALAM UJI BAKAT


Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR : “Dia menyuruh saya melakonkan adegan dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan berusia dalam lingkungan 40-an ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.


Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon lelaki tersebut.

Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.

Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.

“Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, sebaik saja tiba di rumah tersebut, pelakon itu menyambutnya sebelum membawanya ke sebuah bilik kosong.

Dia mendakwa mula tidak sedap hati bila tiada sebarang peralatan penggambaran dalam bilik tersebut.

Lebih membuatkan gadis itu gelisah bila pelakon berkenaan mendakwa hanya mereka berdua yang terlibat dalam sesi ujibakat itu.

” Pelakon itu kata saya kena melakonan adegan dicabul,” katanya.

Belum sempat apa-apa, tiba-tiba pelakon itu memeluknya, mencium dan meramas alat sulitnya!

” Saya terkejut dan mempersoalkan tindakan tersebut, pelakon itu hanya berkata ia cuma satu ujibakat semata-mata,” ujarnya.

Pada malam itu juga, kata gadis tersebut, dia membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

SEMENTARA itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan laporan itu dan meminta mereka yang pernah menjadi mangsa agar tampil untuk membantu siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR