We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, January 7, 2013

FESYEN KONDOM DI MELAKA

Ramai yang telah mengetahui mengenai satu pertunjukan fesyen yang telah diadakan di sebuah pasaraya di Melaka. Apa yang peliknya fesyen ini melibatkan salah satu alat yang digunakan untuk melakukan seks.



Sebuah pasaraya di Melaka melakukan sesuatu yang mencabar kewibawaan negara sebagai sebuah negara Islam apabila mengadakan pertunjukan fesyen yang dihasilkan menggunakan kondom. Pertunjukan fesyen itu menayangkan baju-baju yang dihasilkan dari cantuman kondom-kondom.

Bunyi memang lucu tetapi cuba fikirkan tentang kesan kepada remaja dan kanak-kanak. Mereka pasti pelik dengan rupa kondom tersebut dan apa yang dijawab oleh ibubapa mereka jika mereka bertanya mengenai perkara tersebut.


Satu lagi, bagaimana perkara begini boleh berlaku di Melaka? Adakah program ini dilakukan tanpa mendapat pengesahan daripada kerajaan negeri dan jabatan agama Islam negeri? Lepas tu, jika perkara ini diketahui oleh rakyat Melaka, kenapa ia dibiarkan sahaja? Kenapa tidak dilaporkan kepada pihak yang berkenaan?


Kita harus sedar kerana perkara seperti ini ibarat penyakit berjangkit. Apabila suatu program yang melanggar hukum agama tidak diambil tindakan, lepas ni akan banyak lagi program yang tidak baik akan timbul. Bila itu dah berlaku, tiada apa lagi yang mampu dilakukan, hanya melihat kepada kerosakan sosial kanak-kanak dan remaja kita.

Adakah negara kita akan menjadi seperti negara luar yang bebas melakukan apa-apa tindakan tanpa mendapat pengesahan daripada pihak yang berwajib? Jika tindakan tidak dilakukan, tidak mustahil negara kita akan rosak seperti Amerika dan negara-negara Eropah yang lain.

Sesuatu harus dilakukan demi masa depan negara dan masa depan remaja dan anak-anak kita. Jangan kerana dari penganjuran feseyen yang tidak berfaedah ini, rakyat akan dilanda musibah dan bencana yang tidak mampu dielakkan. Sedarlah kita hidup ada panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan maka ikut lah panduan tersebut.

Saya amat berharap agar perkara sedemikian tidak akan berlaku di negeri Melaka dan juga negeri-negeri lain di Malaysia ini. Sama-sama la kita menjaga keharmonian dan kemakmuran negara kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR