We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, January 24, 2013

REBAT TELEFON TIDAK MEMADAI


Saya ada bersembang dengan rakan-rakan yang dapat rebat telefon RM 200.00 yang dijanjikan oleh Kerajaan. Dia mengadu kepada saya dan rakan-rakan yang lain mengenai rebat tersebut yang agak susah untuk digunakan.


Saya tanya dia apa yang tak kena dengan rebat tu? Dia kata susah nak cari kedai yang boleh tunaikan rebat tu. Kalu di Kuala Terengganu, rebat tersebut boleh ditunaikan dekat syarikat telekomunikasi yang besar sahaja. Kat kedai telefon kecil seperti di Pasaraya Mydin tidak dapat ditunaikan.


Rebat tersebut pula hanya boleh digunakan untuk mendapatkan pakej postpaid beserta internet yang baru. Jika anda telah mempunyai talian telefon pada syarikat telekomunikasi tersebut, anda perlu mendaftar semula. Masalahnya ada sesetengah syarikat telekomunikasi yang hanya menawarkan telefon pintar yang murah.

Saya ada berbual dengan kawan di Pulau Pinang. Dia kata kat saya yang rebat digunakan hanya untuk telefon pintar keluaran dari syarikat pembuat telefon di negara ini sahaja. Macam tu pulak yer . Kenapa jadi susah sampai macam tu sekali? Kan itu hak belia yang berumur 21-30 tahun. Kenapa susah sangat rebat tersebut nak ditunaikan.?


Untuk pengetahuan anda semua, rebat tersebut juga perlu ditunaikan dalam masa sebulan kerana di transkrip yang dicetak selepas pendaftaran, ada dinyatakan tarikh luput bagi rebat tersebut. Pada fahaman saya, rebat tersebut harus ditunaikan dalam masa sebulan sebelum duit yang diberikan kerajaan itu terbang begitu sahaja.

Last sekali kawan saya membeli telefon pintar tanpa menggunakan rebat tersebut kerana dia merasakan baik beli sendiri dan hanya upgrade no. untuk internet postpaid. Itu lagi senang.

Pada pendapat saya, niat Perdana Menteri memang baik untuk membantu belia yang tak berkemampuan tapi pelaksanaan untuk menunaikan rebat tersebut harus dipermudahkan agar setiap belia mampu mendapatkan rebat tersebut bagi telefon pintar impian mereka.

Ini hanyalah perkongsian dari saya dan semoga rebat yang diperolehi akan memuaskan hati setiap belia. Tapi pastikan bila dah ada telefon pintar, gunakan telefon tersebut untuk perkara yang baik dan sebaliknya. Saya yakin pemberian rebat ini akan menjadikan belia Malaysia semakin selari dengan teknologi terkini dan semakin mudah mendapat informasi melalui internet yang telah tersedia dalam telefon pintar tersebut.

Sapa yang ada informasi pasal rebat telefon pintar ni, jangan lupa komen yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR