Rezeki ada di mana-mana, berusaha la untuk dapatkan nyer, jangan harap cukup makan jer
ARTIKEL MENARIK
PENGIKUT BLOG SAYA
Wednesday, January 2, 2013
SAMBUTAN TAHUN BARU TIDAK PERLU DISAMBUT
Semasa dok membelek-belek dalam internet dan youtube, jumpa la satu video yang menayangkan acara sambutan tahun baru di Malaysia. Pelbagai perangai dan perbuatan yang sangat tidak elok dipamerkan oleh rakyat-rakyat kita.
Saya nak tanya tuan/puan sekalian, perlu ke kita sambut tahun baru ni? Apa yang saya perhatikan hanya lah merugikan masa, pembaziran wang dan penyebaran maksiat yang berleluasa. Setiap tahun, media massa melaporkan penangkapan pasangan remaja di hotel-hotel yang sedang berkhalwat. Pelbagai alasan diberikan untuk mengelakkan diri dari ditangkap. Alasan yang paling glamor adalah rumah jauh, jadi tidur hotel sebelum bertolak pagi esok. Alasan yang langsung tak munasabah.
Kita sanggup berkumpul beramai-beramai untuk mendengar konsert dan bercampur-gaul antara lelaki wanita sehingga timbul pelbagai masalah sosial seperti rogol, cabul penculikan, rompakan dan banyak lagi perkara tak elok yang berlaku. Apabila sudah berlaku, baru nak menyesal dan mengakui kesilapan sendiri. Masa tu, menyesal pun dah tak guna.
Ada baiknya jika kita sambut tahun baru di rumah bersama keluarga. Sesetengah negeri mengambil cuti tahun baru. Elok sangat kalau berkumpul semua adik beradik yang berkesempatan menyambut tahun baru bersama-sama. Bakar ayam ke, buat lawatan ke mana-mana ke. Sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan antara keluarga.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang baik untuk anda menyambut tahun baru. Anda boleh mengadakan solat hajat bagi memohon untuk kebaikan dan kerahmatan sepanjang tahun 2013 ini. Jika anda minat untuk mendengar ceramah atau ingin menyambut tahun baru secara kerohanian, boleh mengunjungi program ambang tahun baru secara Islamik.
Untuk pengetahuan anda semua, pihak negeri Selangor telah mengadakan program Ambang 2013. Program ini menjemput penceramah dan artis nasyid bagi memeriahkan program ini. Antara ustaz yang dijemput ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Nazmi Karim, Dato' Ismail Kamus dan seorang tokoh agama luar negara. Selain itu, beberapa orang artis dan personaliti sukan dipanggil memeriahkan program. Kamal Adli, Piere Andre, Aziz Osman antara artis dan Wan Zack Haikal mewakili personaliti sukan yang dipanggil.
Sudah tiba masanya kita menukar cara sambutan tahun baru kita atau kita anggap perkara ini hanya perkara biasa. Apa yang pasti, perkara yang lepas jangan dikenang kerana ia adalah sejarah. Jadikan hari ini atau tahun ini lebih baik pada tahun lepas dan tanam azam untuk jadikan tahun depan lebih baik berbanding tahun ini. Pastikan setiap tahun, amalan kita kepada Allah semakin meningkat dan terus meningkat agar kita sentiasa berada di dalam kerahmatannya.
Label:
SIKAP MASYARAKAT
SAMBUTAN TAHUN BARU TIDAK PERLU DISAMBUT
2013-01-02T21:17:00-08:00
Unknown
SIKAP MASYARAKAT|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. KENAPA REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA 1. Ibubapa kerana mereka...
-
padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap r...
-
Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendeda...