We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Tuesday, January 1, 2013

RANCANGAN HIBURAN BERKONSEPKAN KANAK-KANAK KE ARAH MAKSIAT

Ramai yang mengetahui pelbagai rancangan hiburan yang ditayangkan di televisyen. Ada rancangan yang berkonsepkan nyanyian dan lakonan, tari menari dan juga perbahasan. Ada program yang ke arah kebaikan dan ada program yang hanya meraih pendapatan melalui bakat kanak-kanak.


Program berkonsepkan kanak-kanak sebenarnya lebih banyak buruknya berbanding kebaikan yang ditayang di televisyen sekarang. Untu pengetahuan anda, program berkonsepkan kanak-kanak yang ke arah keburukan ditayang lebih banyak berbanding rancangan kanak-kanak yang ke arah kebaikan. Selain itu, program yang ke arah keburukan ini mendapat liputan meluas dari media elektronik dan juga akhbar-akhbar tempatan.

Ok, sekarang saya akan senaraikan program-program tv yang bagi pendapat saya merosakkan masa depan kanak-kanak dari segi kehidupan dan agamanya. Mungkin bagi anda, rancangan atau program ini tidak teruk tapi bagi saya, ia telah melanggar syariat-syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

Program-program menjurus ke arah maksiat adalah
1. Tom Tom Bak (Astro Ceria)
Rancangan yang dihoskan oleh pengacara terkenal, Aznil Hj Nawawi ini menayangkan bakat-bakat yang dimiliki kanak-kanak seperti menyanyi, menari dan berlakon. Rancangan ini memang happening dengan gelagat kanak-kanak yang cute tapi sebenarnya kita sedang merosakkan mereka.


2. Idola Kecil (TV9)
Rancangan nyanyian versi kanak-kanak yang dihoskan oleh penyanyi, Alif Satar ini atau boleh juga dipanggil Akademi Fantasia Junior. Rancangan ini akan memilih kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah untuk diasuh dan diajar menjadi seorang penyanyi dan pelakon. Setiap persembahan mereka dikomen dan dipuji supaya dapat meraih undi sms yang menguntungkan stesen tv.


3. Super Star(Astro Ceria)
Rancangan tarian ala-ala kpop. Penari yang terdiri dari kanak-kanak akan diajar teknik menari yang betul. Mereka juga diarahkan untuk memakai pakaian yang tidak sesuai sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka.


4. Bintang Kecil (RTM)
Juga rancangan nyanyian. Rancangan ini juga akan memilih seorang penyanyi terbaik dari kalangan peserta yang dipilih oleh juri-juri yang juga penyanyi terkenal negara. Setiap persembahan mereka dikomen dan dipuji supaya dapat meraih undi sms yang menguntungkan stesen tv.


Memang menonton rancangan melibatkan kanak-kanak mencuit hati kita dengan gelagat mereka tetapi sebenarnya kita telah mendedahkan mereka kepada keadaan yang tidak baik. Apa yang tidak baik? Mendedahkan aurat, berpegangan tangan dan memakai pakaian yang ketat. Adakah itu baik bagi anda? Bagi saya itu adalah perkara keji dan sangat ditegah dalam Islam.

Mereka juga diajar cara untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Adakah itu yang anda inginkan? membiarkan anak anda mengejar kemewahan dunia dan bukan bekalan untuk akhirat yang kekal abadi. Apabila anak anda telah popular dan lupa akan jasa dan penat lelah anda membantu mereka menjadi terkenal, anda menyesal dan menangis. Ketika itu, sudah tidak berguna anda menyesal kerana masa tu, hanya Allah dan mereka sendiri yang dapat membantu hidup mereka.

Ok itu rancangan yang tidak baik berkonsepkan kanak-kanak yang menuju ke arah maksiat. Kita tengok pula rancangan kanak-kanak yang akan menjadikan kanak-kanak bijak, pandai mengaji, pandai dalam pelajaran dan yang penting pandai ilmu agama Islam. Rancangan sebegini biasanya ditayangkan pagi atau petang ketika kanak-kanak sibuk dengan sekolah dan bukan ditayangkan ketika kanak-kanak sedang bercuti. Di situ telah nampak akan ketidakseriusan stesen tv kepada rancangan berunsur keagamaan dan pengetahuan.

Rancangan yang berunsurkan keagamaan dan pengetahuan berkonsepkan kanak-kanak adalah
1. Adik-adikku (RTM)
Rancangan yang mengumpul kanak-kanak yang bijak. Rancangan ini mencari seorang kanak-kanak yang petah berbicara dan bijak dalam menyelesaikan masalah. Juga diselitkan unsur-unsur keagamaan.


2. Adik dan Al-Quran (TV9)
Rancangan yang dihoskan oleh Ustaz Zamri dan Dato' Hassan Din. Rancangan ini menyentuh tentang takrifan ayat dan kisah-kisah di sebalik ayat Al-Quran yang dibaca setiap minggu.


3. Mari Bertarannum (TV9)
Rancangan yang sangat menarik. Rancangan ini mengajar kanak-kanak mengenai teknik-teknik bacaan dalam Al-Quran dengan betul dan hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca. Sangat baik untuk kanak-kanak saksikan.


4. Clever Edisi Malaysia (Astro TVIQ)
Rancangan berkonsepkan kuiz sains yang dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi dan Rafidah Abdullah. Mereka menjemput pelajar sekolah untuk menyertai rancangan tersebut dan mereka didedahkan dengan ekesperimen dan fakta-fakta melibatkan sains. Sangat bagus program sedemikian.


5. Mari Mengaji (TV9)
Mari Mengaji adalah program yang mengajar kanak-kanak tentang cara membaca AlQuran dari peringkat awal menggunakan buku Iqra dan hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam Al-Quran. Rancangan yang harus diteruskan dan harus ditayangkan setiap hari bagi menambah minat kanak-kanak untuk mengaji dan belajar Al-Quran.


Kesimpulannya, bagi menjamin masa depan anak-anak anda dan masa depan negara, kita harus menitikberatkan tentang perkara yang saya sentuh ini. Kita harus sedar, masa depan kanak-kanak bergantung kepada kita dan jika kita tidak mendidik mereka dengan baik, saya jamin negara kita akan dipenuhi dengan golongan artis berbanding alim ulamak. Fikir-fikirkan lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR