Gambar sekadar hiasan
Teruk la perangai pelajar-pelajar zaman sekarang ni, cikgu ke guru ke langsung tak dihormati. Kadang-kadang mari terfikir juga, kenapa perangai pelajar sekarang hodoh sangat, tak macam perangai pelajar dulu-dulu, sangat menghoramti guru. Kadang-kadang, ibu bapa diorang pun, diorang marah, tengking dan macam-macam lagi la.
Seperti yang berlaku di Alor Setar, seorang guru disiplin dipukul oleh 15 pelajar di dalam sebuah kelas. Guru tersebut dah la umur 40 tahun, kena pulak pukul dengan 15 orang, tak ke lembik guru tu. Pas tu cikgu tu jalankan tugas dia sebagai guru disiplin.
Saya harap pihak sekolah ambil tindakan segera dan kalu terdesak sangat, hantar je sekolah pemulihan akhlak. Tak menyusahkan orang lain, susuahkan keluarga dia jer terpaksa gi melawat dia.
Pelajar belasah guru disiplin
ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.
Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.
“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.
“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.
“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.
sumber : Harian Metro