Dulu saya bekerja di Kuala Terengganu tapi pada awal bulan Ogos yang lalu, saya terpaksa dipindahkan ke Kangar atas arahan pihak atasan. Mula-mula dapat surat, memang tak boleh nak buat ape. Semua perkara yang akan ditinggalkan, muncul dalam kepala satu persatu. Isteri, anak-anak, kawan-kawan sekerja ditempat lama akan ditinggalkan. Pas tu terfikir pulak macam mane nak sesuaikan dengan keadaan di sana, macam mane nak balik nanti, keadaan kat sana macam mane, boleh ke nak sesuaikan diri, perbelanjaan bulanan pulak pasti akan bertambah, macam mane nak selesaikan? Semua tu datang dengan tiba-tiba tapi saya redha dan terima ketentuan Allah ini dengan hati yang tenang.
Sedih, nak marah, geram semua ada. Rasa macam nak cekik je pihak atasan yang keluarkan surat tu tapi apa kan daya tak mampu dilakukan. Orang lain yang ade kabel terus telefon untuk mintak pertolongan. Saya yang tak de kabel ni, hanya sedih dan sayu melihat mereka sedang berusaha. Dapat satu petunjuk, kawan-kawan suruh tangguh. Jadi saya pun buat surat surat tangguh, dapat la tangguh selama 2 minggu. Habis tempoh tangguh 2 minggu, ingat nak tangguh lagi tapi orang atasan kata kena minta dengan ketua dekat tempat baru. Saya pun buat keputusan untuk mengadap dengan ketua baru bagi mendapatkan penangguhan.
Tepat jam 9.30 malam, bas yang saya naik untuk ke Kangar pun bertolak. Bila lihat di cermin luar, isteri kesayangan menangis tak berhenti-henti kerana terpaksa berpisah dengan suami tecinta. Dalam bas, tiada apa yang dapat dilakukan tapi hati dan fikiran memainkan peranan masing. Fikiran melayang-layang memikirkan keadaan keluarga, ibu yang tua, anak-anak, duit perbelanjaan yang bertambah memenuhi ruang kepala. Hati pula menjadi sebak. Nak menangis tapi terpaksa tahan sebab malu. Takut nanti orang nampak walaupun gelap. Tengah-tengah melayan perasaan, tak sedar diri dah tertidur. Celik mata je dah sampai kat Kangar. Dalam hati berkata, oo ni la bandar Kangar. Sampai jugak akhirnya.
Selepas ambil beg yang sarat dengan pakaian harian dan pakaian kerja, terus sambar telefon untuk telefon kawan datang ambik.Nasib baik kawan kat tempat kerja lama dah bagi nombor telefon kawan dia yang keje kat sini, jadi senang sikit nak ke tempat lapor diri. Kawan ni pun hantar la kat pejabat.
Apa yang berlaku nanti, bersambung di entri yang kedua nanti.
Rezeki ada di mana-mana, berusaha la untuk dapatkan nyer, jangan harap cukup makan jer
ARTIKEL MENARIK
PENGIKUT BLOG SAYA
Wednesday, September 26, 2012
MACAM NI LA KALU KERJA BAWAH ORANG siri 1
2012-09-26T22:28:00-07:00
Unknown
LUAHAN|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. KENAPA REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA 1. Ibubapa kerana mereka...
-
padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap r...
-
Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendeda...