We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Friday, September 28, 2012

BAJET 2013-ADA PRO DAN KONTRA

Akhirnya apa yang digembar-gemburkan sebelum ini terserlah pada petang tadi. Dengan baju melayu hijau dan bersongkok, Perdana Menteri kita berdiri gah membaca Bajet 2013 di Parlimen petang tadi. Setiap mata tertumpu kepadanya dan hampir setiap stesen televisyen di Malaysia menyiarkan siaran langsung pembentangan Bajet 2013 tadi.

Kenapa tajuk entri saya begitu? Mungkin ada yang faham dan mungkin ada yang keliru kenapa saya menulis tajuk begitu.

Bajet 2013 yang disampaikan oleh Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak tadi ada kebaikan dan ada keburukan atau perkataan sesuai ialah pembaziran.

Rebat RM 200 bagi pembelian telefon pintar.



Paling ketara bagi saya satu pembaziran ialah pemberian rebet RM 200 bagi pembelian telefon pintar bagi belia berumur 20-30an. Apakah motif PM memberikan rebet tersebut? Kenapa PM tak bagi dekat semua belia? Belia kan berumur 20-40an kalu tak silap saya. Mintak maaf jika ada yang tak puas hati tapi saya rasa pemberian rebet tersebut memang tidak rasional. Memang ade kebaikannya contohnya, ia dapat mengurangkan perbelanjaan remaja untuk memiliki telefon pintar dan merealisasikan impian remaja untuk memiliki telefon pintar. Melalui telefon pintar, belia boleh melayari internet dan mungkin dapat menelaah pelajaran melalui telefon tersebut.

Tapi apa yang pasti setiap kebaikan ade keburukannya. Dengan keadaan sosial sekarang, tak mustahil peranti yang dibeli itu akan digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya, Bukan nak merendahkan martabat remaja kita tapi itulah yang berlaku sekarang ni.

Mungkin ada penyelesaian lain selain dari memberi rebat untuk pembelian telefon.

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen.

Setiap orang menggunakan gula saban hari dan tak kira miskin atau kaya, gula mesti ada di setiap rumah mereka. Tapi tidak mustahil, jika gula dinaikkan harga setiap kali bajet diumumkan, rumah yang miskin pasti tak de gula. Adakah itu yang PM kita mahukan? Dulu masa kerajaan isytiharkan kenaikan harga gula, ramai yang bising. Diorang bising ada sebabnya. Gula adalah keperluan harian dan ia sepatutnya menjadi barang harga kawalan. Ia dinaikkan kerana kerajaan kurangkan subsidi gula. Saya nak tau la, ekonomi negara kita ni ok ke tak? Dalam media massa kata ekonomi kita ok tapi kenapa perlu tarik subsidi. Kerajaan dah tak de duit ke macam mana? Maaf kalu terkasar bahasa tapi itu lah yang saya fikirkan.

Pemberian Bonus Sebulan Setengah Gaji kepada penjawat awam.

Sememangnya penjawat awam mengucapkan terima kasih kepada PM kerana memberikan bonus tersebut tapi adakah ia berbaloi? Harga barangan makin naik tapi gaji tetap macam tu. Setiap tahun, semakin ramai penjawat awam mula menceburi bidang perniagaan bagi menampung perbelanjaan keluarga mereka. Jadi, bagaimana penjawat awam hendak menumpukan perhatian kepada kerja jika gaji selalu tak cukup. Harga rumah setiap tahun makin naik. Kereta pula wajib beli untuk memudahkan pergerakan keluarga ke sana sini. Perbelanjaan rumah lagi, kelengkapan sekolah anak dan minyak kereta semuanya pakai duit. Tak mustahil suatu hari nanti, setiap keluarga hanya akan ada seorang anak. Sebab apa? Sebab tak mampu nak tanggung ramai anak.

Sama2 la kita fikirkan. Jika ada yang tak puas hati dengan apa yang saya coretkan di sini, saya mintak maaf. Ini adalah pandangan saya yang prihatin dengan keadaan rakyat dan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR