We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Saturday, September 29, 2012

(PANAS) NAK DOSA, TENGOKLAH SPANAR JAYA

Itulah ucapan yang diluahkan oleh pengacara MHI, Wardina kepada peminat sitkom itu yang ditayangkan di TV9. Beliau yang sekarang sudah bertudung membuat pengakuan tersebut kerana di dalam sitkom tersebut, beliau masih tidak bertudung. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Wardina itu.

Memang berdosa apabila lelaki bukan muhrim melihat aurat seorang wanita yang bukan muhrimnya. Jadi apakah penyelesaiannya? Pada pandangan saya, elok kalau tidak ditayangkan sitkom tersebut bagi menjaga nama baik sesetengah pihak contohnya pelakon tersebut.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Wardina itu adalah satu dakwah supaya penonton tidak melakukan maksiat. Dia mungkin tidak boleh menghalang TV9 untuk tidak menayangkan sitkom tersebut tetapi jika penonton tidak memberi sambutan dengan tidak menonton tayangan tersebut, ia pasti akan ditarikbalik.


Sebelum Wardina, sudah ada pelakon yang juga sudah bertudung membuat pengakuan bahawa dia malu apabila filem yang akan ditayangkan menayangkan bentuk tubuhnya dan rambutnya. Diana Amir mengatakan begitu berkenaan filem Tiga Temujanji di mana dia kerap berpakaian ketat dalam filem tersebut.

Ini pendapat saya dan diharap tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak. Saya rasa pekerjaan pelakon bagi wanita sememangnya tidak sesuai. Untuk scene-scene di mana pelakon harus berkemban dan berpakaian menjolok mata bukan sahaja berdosa kepada penonton malah kepada pelakon itu sendiri. Selain itu, pakaian pelakon tersebut akan menjadi ikutan remaja di luar sana.

Saya paling kesian kepada bapa-bapa pelakon ini. Kemungkinan mereka tidak sedar bahawa mereka sebenanrnya telah dayus kerana membiarkan anak-anak mereka berpakaian tidak menutup aurat dan membenarkan lelaki bukan muhrim menyentuh dan memegang tangan anak mereka. Begitu juga suami pelakon wanita yang rela isterinya menayangkan tubuh badan mereka kepada lelaki lain sedangkan isterinya itu adalah dosa dan pahala baginya. Si suami ini juga telah dayus.

Saya bukan meletakkan hukum semata-mata. Telah banyak diperkatakan oleh ustaz-ustaz dan para ulama. Dalam Al-quran pun ada menyatakan perkara ini.

Jadi, saya amat berharap setiap pelakon boleh mencontohi Wardina dan berhijrah la kepada yang lebih baik supaya kita kan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

Saya mintak maaf jika artikel saya ini menyentuh perasaan setiap orang yang membaca artikel ini dan ini adalah peringatan untuk diri saya dan anda semua.

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR