Gambar sekadar hiasan.
Apa yang menjadi isu sekarang ni ialah kenapa nabi kita dihina dengan karikatur dan agama Islam dikutuk diperlekeh? Apa gunanya ada Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) jika perkara macam ni tidak dapat diselesaikan?
Ini semua adalah kerana kita orang Islam tidak mahu bergabung dalam setiap perkara. Kita tidak mengikut sepenuhnya ajaran Al-Quran yang menyarankan kita menegakkan Islam di bumi Allah ini. Kita harus sedar bahawa kita adalah khalifah di atas muka bumi ini dan kita harus tunaikan tanggunggjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita.
Kita tengok la di negara kita sendiri, apabila orang lain menghina nabi kita, memperlekehkan agama kita, kita bising tapi kita tidak selesaikan amanah yang telah ditugaskan kepada kita. Kadang-kadang solat pun tak buat, pergi surau pun jarang-jarang, guru agama mengajar pun kita tak sempat nak dengar. Kalau semua umat Islam bergabung dan memenuhkan setiap masjid setiap kali solat fardhu, bukan waktu solat Jumaat sahaja.
Sedar la wahai umat Islam, apabila orang mula menghina agama Islam dan nabi kita, itu menunjukkan mereka sudah berani untuk melakukan perkara yang lebih tidak elok lagi. Jika perkara ini tidak diselesaikan segera, mungkin kejadian yang tidak diingini akan berlaku.
Jadi sama-sama la orang yang membuat filem dan karikatur tersebut akan insaf dan sedar apa yang dilakukan itu salah. Seterusnya kita mohon agar dia diberikan hidayah untuk memeluk Islam yang suci ini.
Peringatan ini untuk diri saya dan juga untuk semua umat Islam yang sedang melayari internet. Harap artikel ini dapat dikongsi untuk kebaikan kita semua.
Wassalam.
sebab tu saya kata itu adalah tanggungjawab masing-masing. jika mereka sedar tanggungjawab mereka, pasti mereka akan lakukan yang terbaik untuk agama Allah.
ReplyDelete