We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Tuesday, November 27, 2012

BOIKOT SEKEJAP

Ketika rakyat Gaza diserang oleh yahudi, pelbagai pihak menganjurkan pelbagai program bagi menunjukkan penentangan terhadap yahudi. Antara program tersebut adalah boikot, perarakan, memijak dan membakar bendera yahudi.


Program lain saya tak nak sentuh. Yang saya nak sentuh adalah mengenai Boikot. Ketika Gaza diserang oleh yahudi laknatullah, semua berpakat untuk memboikot barangan yahudi termasuklah francais makanan segera iaitu McDonald.

Jualan burger McDonald jatuh merudum apabila seluruh dunia melancarkan boikot.

Setiap pelosok negeri dan negara memboikit premis perniagaan ini bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada yahudi yang menceroboh dan membedil semanjung Gaza tanpa belas kasihan. Negara kita juga melakukan perkara yang sama dan dilaporkan perniagaan mereka jatuh merudum.

Tetapi mereka bijak dan cuba mengganggu boikot tersebut dengan perkara yang paling diminati oleh semua orang. Burger Free. Ramai yang tewas apabila beberapa gambar menunjukkan ada ramai yang beratur di luat premis tersebut untuk mendapatkan burger percuma.

Malu sangat-sangat apabila rakyat Malaysia lebih mengutamakan burger free dari keamana Gaza.

Saya bertanya di dalam hati saya, diorang yang beratur ni tiada hati perut ke atau diorang ni tak tau yang seluruh dunia sedang memboikot McD dan barangan yahudi yang lain? Non muslim kita tak kisah la sebab mungkin perkara macam ni tidak penting bagi mereka tetapi non muslim di negara lain bersatu hati memboikot untuk rakyat Gaza. Kenapa kita mudah terpengaruh dengan benda free sedangkan kerana benda free tu lah ekonomi negara yahudi itu bertambah.

Beberapa kali telah dikatakan, untuk menjatuhkan yahudi adalah dengan menjatuhkan ekonomi mereka. Apabila kita memboikot barangan mereka, ekonomi mereka akan jatuh dan mereka pasti akan tunduk kepada tuntutan dunia.

Selepas gencatan senjata dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, maka yahudi pun berhenti menyerang Gaza dan penduduk Gaza bersorak keriangan.

Tetapi rakyat kita menyambut kegembiraan tersebut dengan cara yang pelik. Mereka menyambutnya kemenangan tersebut bersama keluarga di McDonald. Itulah yang dikatakan boikot sekejap. Kalau peribahasa melayu, hangat-hangat tahi ayam. Itulah rakyat kita.

Perkara ini bukan direka-reka. Ini adalah pengakuan salah seorang pekerja McDonald yang frust dengan sikap rakyat Malaysia yang jenis tidak tetap pendirian dan mementingkan diri sendiri.

Inilah pengakuan salah seorang pekerja McD yang sedih dengan sikap sebahagian rakyat Malaysia.

Itu lah sikap rakyat kita. Jadi, sama-samalah kita berdoa agar boikot ini berjaya dilaksanakan dan dalam Al-Quran juga telah mengatakan yang yahudi pasti akan jatuh dan hancur di bumi mereka sendiri. Sama-samalah kita bersabar dan sentiasa memberi bantuan dan semangat kepada pejuang dan rakyat Palestin di Gaza.

Amiiiiiiiin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR