We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Wednesday, November 21, 2012

PUNCA PENGARUH LUCAH DI MALAYSIA



Pengaruh melibatkan perkara lucah makin berkembang di negara kita tanpa kita sedari. Pelbagai sumber mengundang kepada perkara lucah yang mana telah mempengaruhi pemikiran remaja kita sekarang. Kini, budak darjah 6 pun dah pandai menyebut perkataan lucah tanpa malu-malu malah berani menyebut perkataan tersebut di hadapan orang yang lebih tua dari mereka.


Apabila ditanya, bagaimana remaja kita mudah terpengaruh dengan perkara lucah ini? Semuanya pasti menjawab, internet. Tapi kita sebenarnya tak boleh menyalahkan internet sepenuhnya. Internet akan menjadi sesuatu yang baik jika kita guna untuk perkara yang baik tapi jika kita guna internet untuk benda yang buruk, maka buruk la internet.

Pada pendapat saya, pengaruh lucah bukan bermula dari internet tetapi dari akhbar-akhbar dan berita-berita tempatan. Setiap hari, kita didedahkan dengan berita mengenai pasangan ditangkap khalwat. Mereka yang masih mentah dengan perkara macam tu mesti nak tahu apa itu khalwat. Nak tanya ayah takut kena marah, jadi mereka pun melayari internet untuk cari makna perkataan tersebut. Maka keluarlah gambar-gambar yang menunjukkan pasangan berdua-duaan yang boleh menghadirkan nafsu kepada mereka.

Saya rasa, berita pasal 18 sx ini patut dikurangkan oleh media massa. Media massa juga kalu boleh tak payah nak kelaurkan secara terperinci berita mengenai rogol dan cabul. Ada akhbar yang menceritakan secara terperinci tentang rogol sehingga mampu menaikkan nafsu pembaca. Saya rasa  lebih baik akhbar hanya menceritakan hukuman yang dikenakan kepada pesalah supaya dapat menyedarkan pembaca bahwa perbuatan tersebut adalah salah.

Selain itu, politik negara yang banyak menggunakan isu seks juga mempengaruhi pemikiran remaja. Jika pemimpin boleh melakukan perkara tersebut, kenapa mereka tak boleh buat. Saya rasa politik seks ini patut dihentikan kerana ia akan merosakkan remaja kita. Apabila melibatkan pemimpin, media pasti ingin melaporkan tentang berita tersebut bagi mendapatkan penonton atau pembaca yang ramai. Tapi mereka tidak sedar, perkara tersebut akan boleh mempengaruhi remaja.

Sebenanrnya banyak berita-berita menarik yang dapat dihebahkan di media massa seperti kemalangan, kejayaan dan kemajuan seseorang atau sesebuah negara. Tulis berita yang mana dapat meningkatkan kesedaran kepada pembaca. Contohnya berita tentang kemalangan dan berita tentang pencapaian atau kejayaan warganegara kita agar dapat diikut oleh remaja kita.

Kita harus sedar, negara kita sekarang berada dalam kemaksiatan yang amat membimbangkan. Di sana-sini, khalwat, zina, pembuangan bayi dan pelbagai lagi perkara buruk dilaporkan.

Semoga artikel ini dapat menyedarkan dan memberi manfaat agar remaja dan negara kita selamat dari belenggu kemaksiatan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR