Blog saya ini tidak bermakna jika tiada yang mengunjunginya dan anda telah membantu saya dengan menaikkan paparan blog saya. Saya nak bercerita sikit tentang pengalaman saya berblog ni.
Inilah blog yang menjadi batu asas minat saya terhadap blog ni.
Saya mula membuat blog ketika terbaca sebuah artikel mengenai seorang suri rumah yang berjaya memperolehi pendapat dari menulis blog. Jadi, terdetik di hati saya untuk mencuba maka wujud la blog Hebat Sungguh ni. Nama Hebat Sungguh tu sebenarnya adalah percubaan tetapi ia dikekalkan sehingga sekrang kerana maknanya yang kuat bagi saya.
Masa awal penglibatan saya dalam blog ni, saya memang tak tahu nak tulis blog tentang apa. Saya tengok blog orang lain, macam-macam berita yang ditulis. Terlintas di hati saya, mana diorang dapat berita ni semua. Ketika tengah survey blog yang ok, saya terjumpa satu blog yang sangat baik bagi saya. Blog itu adalah blog Lulu Pages. Saya selalu berkunjung ke blog tersebut untuk membaca artikel yang dicoretkan.
Semangat saya mula hilang kerana saya tidak tahu bagaimana untuk memperoleh pendapat. Saya mula frust dan membiarkan blog itu terbiar macam tu.
Saya diberi nafas baru apabila berjumpa dengan salah seorang blogger yang pernah memperolehi pendapatan melalui nuffnang. Jadi, dia pun ajar saya macam mana nak buat blog saya meningkatkan paparan dia, macam mana nak buat artikel dan pelbagai lagi yang diajar. Akhirnya, blog saya semakin mendapat sambutan dan akhirnya telah mencecah 10k. Blogger tersebut adalah pemilik Alcatraz77 punya blog. Tanpa bantuan blogger tersebut, saya tidak akan berjaya sampai sekarang.
Inilah blog blogger yang banyak membantu saya dalam meningkatkan blog saya.
Harapan saya agar blog saya ini akan terus menjadi tempat persinggahan blogger-blogger sekalian. Sama-samala kita berkongsi maklumat dan pendapat.