Ramai sudah mengetahui tentang seorang pelakon terkenal negara yang telah mempersenda hukum agama Islam di Anugerah Skrin baru-baru ini. Pelakon tersebut berniat mempersenda sebuah stesen tv berunsur keagamaan tetapi sebenarnya apa yang dikatakan itu telah memperkotak-katikkan agama.
Siapa yang saksikan siaran langsung yang disiarkan oleh TV3 itu pasti mengetahui perkara ini. Ketika pelakon tersebut mengungkapkan kata tersebut, ramai penonton yang ketawa. Majoriti yang hadir pada majlis tersebut adalah beragama Islam tetapi ketawa apabila hukum agama dipermainkan.
Inilah adegan ketika Rosyam Nor mengucapkan kata-kata tersebut
Pelakon tersebut adalah Rosyam Nor a.k.a Hero Malaysia. Beliau berkata," “Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh”. Dari apa yang dia kata, saya boleh fikirkan bahawa Rosyam Nor tahu bersentuhan itu adalah haram tapi haram baginya jika di dalam Stesen TV berunsur keagamaan seperti TV Al-Hijrah. Dia tidak sedar bahawa dia telah mempermainkan hukum agama dan hukumnya adalah haram di sisi agama Islam.
Sebenarnya, apa yang saya perhatikan, TV Al-Hijrah bukannya sebuah stesen tv berteraskan Islam. Memang program yang disiarkan banyak berunsur keagamaan seperti 30 minit bersama Ustaz Don, Kuliah Zuhur dan Maghrib dan pelbagai lagi tapi disamping itu, mereka juga menyiarkan drama bersiri Jepun dan rancangan bual bicacara di mana pengulasnya tidak bertudung dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat.
Berbalik kepada kata-kata Rosyam Nor itu. Rosyam sebenarnya tahu cuit wanita bukan muhrim adalah haram, sebab tu dia kata macam tu. Tapi dia buat tak kisah sebab dia dah lama dalam bidang lakonan dan telah cuit, sentuh, peluk ramai anak dara dan isteri orang lain.
Kita fikir macam ni la kenapa agama Islam melarang bersentuhan antara wanita dan lelaki bukan muhrim ni. Adalah untuk tidak mendapat dosa kerana bersentuhan adalah haram dan untuk menjaga kesucian dan kehormatan lelaki dan wanita tersebut. Siapa yang boleh sentuh wanita dalam Islam iaitu suami kepada wanita tersebut, adik-beradik, ibu bapa dan muhrim wanita tersebut. Islam dah buat elok, kenapa nak dipertikaikan lagi.
Kalu Islam telah menetapkan perkara tersebut haram, stesen tv ke radio ke, bersentuhan tu tetap haram antara lelaki dan wanita bukan muhrim.
Pendapat saya, elok sekiranya Rosyam Nor merujuk perkara tersebut kepada para ulamak dan alim ugama. Sebaik-baiknya Rosyam Nor bertaubat dan menyesali dengan apa yang dikatakannya. Perkara yang haram tidak akan jadi halal.
Sama-sama la kita doakan agar Rosyam Nor dan semua pelakon di negara kita ini diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah. Saya bukan saudara rapat, kenalan atau adik beradik dengan Rosyam tetapi saya adalah saudara seislam beliau.
Ingatlah kata-kata ini, kerana mulut badan binasa. Jadi, berfikirlah sebelum meluahkan kata-kata.