Rezeki ada di mana-mana, berusaha la untuk dapatkan nyer, jangan harap cukup makan jer
ARTIKEL MENARIK
PENGIKUT BLOG SAYA
Monday, November 19, 2012
TAHUN BARU HIJRAH-AZAM TAHUN BARU ISLAM
Pada hari Khamis yang lalu, umat Islam di seluruh dunia menyambut 1 Muharam 1434 Hijrah. Pelbagai program dibuat untuk bagi menunjukkan keistimewaan awal Muharam ini melalui ceramah, perarakan, pertandingan nasyid dan lain-lain.
Awal Muharam merakamkan satu peristiwa besar dalam Sejarah Islam apabila Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini memberi kesan yang sangat besar kepada perkembangan agama Islam.
Setiap kali menyambut tahun baru Hijrah atau tahun baru Masihi, sebahagian penghuni dunia ini akan membuat azam yang akan dicapai untuk tahun tersebut. Mereka akan menetapkan sesuatu matlamat yang baik untuk mereka capai supaya hidup mereka menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
Ada juga yang masih menyelesaikan azam tahun sebelumnya. Mungkin mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan azam tersebut atau mungkin juga azam yang mereka tetapkan itu sukar untuk dicapai.
Saya juga mempunyai azam yang ingin saya capai pada tahun ini. Oleh kerana kita menyambut awal muharam, jadi azam yang saya ingin capai itu berteraskan agama Islam yang suci. Saya sangat berharap untuk mencapai azam tersebut supaya saya dapat menambah pahala amalan saya dan dapat mendisiplinkan saya untuk mengamalkan ajaran dan tuntutan agama Islam.
Saya menetapkan azam yang mudah tapi untuk mencapainya harus mempertaruhkan masa dan kerajinan dan itu yang saya akan lakukan. Saya hanya menetapkan azam yang melibatkan tentang amalan dalam agama Islam dan saya yakin akan dapat mencapainya.
Ramai yang gagal mencapai azam mereka kerana tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting. Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun tersebut. Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula.
Macam mana pula yang tidak pernah berazam? Persoalan itu hanya mampu dijawab oleh mereka yang tidak pernah berazam. Saya pun tak tahu kenapa mereka tidak berazam kerana dengan berazam, kemungkinan kehidupan kita boleh menjadi lebih baik. Itu adalah pendapat saya.
Saya amat berharap azam saya akan tercapai agar saya dapat mendisiplinkan diri saya untuk menjadi lebih baik pada tahun seterusnya. Azam ini juga akan saya teruskan sehingga ke akhir hayat saya.
Amiiinnn.
Label:
ISLAM
TAHUN BARU HIJRAH-AZAM TAHUN BARU ISLAM
2012-11-19T08:32:00-08:00
Unknown
ISLAM|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. KENAPA REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA 1. Ibubapa kerana mereka...
-
padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap r...
-
Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendeda...