We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, August 15, 2013

BERAYA DEPAN TV

Gambar Hiasan.

Hari ini genap seminggu kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Hari yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam di seluruh dunia setelah selesai menunaikan puasa sebulan di bulan Ramadan yang mulia.


Macam biasa, hari raya disambut dengan pelbagai juadah hari raya yang lazat-lazat. Ada kek, biskut, lemang, ketupat, dodol dan pelbagai lagi masakan yang disediakan. Selain itu, hari raya juga akan mengumpulkan sanak saudara yang jauh, yang berada di perantauan pulang ke kampung bagi menyambut hari raya bersama keluarga tercinta dan ibu bapa tersayang.

Di hari raya juga, semua orang akan berjalan pergi menziarahi rumah sanak saudara dan rakan-rakan. Yang paling gembira di hari raya adalah kanak-kanak. Siapa yang tidak gembira apabila pergi menziarahi keluarga, lepas tu dapat pula duit raya. Ada yang bagi RM 1, RM 5 dan ada juga yang bagi RM 10.

Tapi sekarang zaman telah berubah. Kebanyakkan kanak-kanak lebih suka duduk di rumah dari berjalan ke rumah rakan-rakan dan sanak saudara mereka. Apakah puncanya?

Dah baca tajuk, mestilah tau sebabnya kan. TV la. Apa lagi. Seminggu sebelum raya, siaran televisyen telah menayangkan iklan-iklan rancangan yang akan disiarkan nanti. Tak lupa juga drama-drama yang telah ditayangkan di pawagam, ditayangkan ketika hari raya.

Jika perkara ini berterusan, tidak mustahil anak-anak kita tidak akan lagi menyambut Syawal dengan ziarah ke rumah rakan-rakan. Dan tidak mustahil juga, apabila mereka besar nanti, saudara mereka pun mungkin mereka tidak kenal.

Jadi, siapa yang harus mencegah perkara ini berlaku? Ibu bapa dan adik beradik yang lebih tua. Mereka harus mengajak kaum keluarga mereka untuk menziarahi sanak saudara yang duduk jauh dari mereka. Program ziarah menziarahi ini harus dikekalkan bagi mengelakkan putusnya silaturrahim antara keluarga.

Itu lah yang sedang berlaku sekarang ini. Kadang-kadang bila kita jumpa sanak saudara kita yang telah lama tak jumpa, mereka pasti akan tertanya-tanya siapakah kita dan bila mereka tau, barulah mereka berkata, dah besar rupanya dia.

Selain itu, rancangan tv juga harus menayangkan tentang perkara yang harus dilakukan di hari raya, bukannya menayang perkara yang membuatkan kanak-kanak tidak mahu melepaskan pandangan mereka dari kaca tv itu.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR