Pihak bomba sedang mengeluarkan mayat dan mangsa yang hidup dari pada bangkai bas.
*16 Julai 1996 - Sebuah bas membawa sekumpulan pekerja kilang dan keluarga mereka selepas lawatan percutian, terjunam ke dalam gaung sedalam 120 m di KM 1 Jalan Genting Sempah -Genting Highlands berhampiran Genting Highlands Resort, mengorbankan 17 daripada mereka termasuk enam kanak-kanak.
*29 Oktober 2010 - Tujuh orang terbunuh dan lebih 20 cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas di jalan susur antara Jalan Genting Sempah - Genting Highlands dengan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak berhampiran Genting Sempah.
*5 Mac 2012 - Dua orang terbunuh dan lebih daripada cedera apabila sebuah bas yang membawa 24 warga India hilang kawalan dan terbalik kerana ia turun dari Genting Highlands di Jalan Genting Sempah - Genting Highlands, Pahang.
*21 Ogos 2013 (Terbaru) - 37 orang terbunuh dan 16 yang lain cedera apabila bas yang membawa 53 penumpang terjunam ke dalam gaung di KM 3.8 Jalan Genting Sempah - Genting Highlands berhampiran Tokong Chin Swee, Genting Highlands, Pahang.
Nampaknya jalan ini telah beberapa kali meragut nyawa manusia. Sesuatu harus dilakukan supaya jalan ini dapat dilalui dengan selamat. Selain faktor jalan, kenderaan yang hendak digunakan untuk melalui jalan ini juga harus dititikberatkan.
Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berkenaan menatapkan syarat bagi kenderaan yang hendak menggunakan jalan ini haruslah berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk keadaan jalan yang menjunam dan curam ini.
Elok juga jika terdapat pusat pemeriksaan di bahagian atas dan bawah jalan Genting ini supaya setiap kenderaan berat seperti bas dan lori diperiksa terlebih dahulu sebelum menggunakan jalan ini.
Ini hanya lah pandangan saya supaya kemalangan maut seperti yang berlaku semalam mungkin dapat dielakkan. Ajal dan maut di tentukan Tuhan tetapi kita hanya berusaha untuk mengelakkan dari berlaku kemalangan yang lebih teruk.