Rezeki ada di mana-mana, berusaha la untuk dapatkan nyer, jangan harap cukup makan jer
ARTIKEL MENARIK
PENGIKUT BLOG SAYA
Thursday, August 15, 2013
ISU HANGAT-PUKUL ISTERI DALAM LIF
Heboh di internet mengenai seorang isteri yang dipukul suaminya dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta. Semua pemilik akaun FB yang membaca berita ini memberi komen yang tidak puas hati kepada lelaki tersebut.
Video yang menayangkan si suami memukul isterinya di hadapan anak-anaknya yang ketika itu ada bersama di dalam lif tersebut. Perkara itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan PDRM sedang memburu lelaki tersebut bagi membantu siasatan.
Mengikut laporan sebuah akhbar tempatan, lelaki tersebut masih belum menyerah diri dan dimaklumkan lelaki tersebut tidak hadir bekerja di tempat kerjanya. Si isteri pula telah membuat kenyataan dan mengatakan penolakan anak terhadap ajakan suami untuk keluar menyebabkan berlakunya kejadian tersebut.
Pada pendapat saya, si suami mungkin seorang ayah yang tidak baik. Sebab itu, si anak tidak mahu keluar ketika si ayah tersebut mengajak mereka keluar. Si ayah sepatutnya tidak memarahkan si ibu. Si ayah sepatutnya memujuk dengan cara yang lembut jika si anak menolak pelawaannya. Perkara seperti ini akan merosakkan minda anak-anak dan perasaan benci kepada si ayah mungkin akan bertambah.
Perkara ini dapat diselesaikan dengan perbincangan antara si suami dan isteri. Saudara mereka juga haruslah memberi sokongan agar kedua-dua pasangan ini dapat kembali bahagia. Kesian kat anak-anak yang masih kecil. Mereka memerlukan kedua-duanya untuk memberikan mereka kasih sayang bukan mengajar mereka erti kekerasan. Selesaikan dengan baik dan sentiasalah berdoa agar masalah tersebut dapat diselesaikan.
Label:
INFO MASYARAKAT,
PUKUL ISTERI
ISU HANGAT-PUKUL ISTERI DALAM LIF
2013-08-15T00:24:00-07:00
Unknown
INFO MASYARAKAT|PUKUL ISTERI|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. KENAPA REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA 1. Ibubapa kerana mereka...
-
padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap r...
-
Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendeda...