We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Thursday, August 1, 2013

YURAN PERCUMA TETAPI PERBELANJAAN PEMBELAJARAN BERTAMBAH

Gambar Hiasan

Suatu hari, saya ada bersembang dengan rakan sekerja yang mempunyai anak di sekolah menengah dan sekolah rendah. Dia merungut kepada saya tentang perbelanjaan pembelajaran anak yang banyak.


Yang sekolah rendah, sekejap-sekejap suruh beli buku ini la, sekejap suruh beli marker pen, straw dan pelbagai lagi barangan untuk pembelajaran. Yang abang sekolah menengah pun sama jugak. Kena beli buku ni, kena beli itu dan pelbagai lagi sehingga banyak kewangan harus dilaburkan untuk pembelian barangan pembelajaran anak ini. Walaupun yuran dah percuma tapi perkara macam ini tetap akan membebankan ibu bapa.

Saya masih ingat semasa zaman persekolahan saya dahulu. Walaupun yuran tidak percuma tapi ibu bapa tidak dibebankan dengan pembelian buku-buku yang banyak ini. Memang ada baiknya beli buku untuk pembelajaran anak-anak tetapi harga buku ini agak mahal. Kalu ibu bapa ini mempunyai pendapatan yang baik, mungkin pembelian buku ini tiada masalah tetapi kalu ibu bapa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, macam mana pula?


Sesetengah cikgu pula ada yang menekan pelajar-pelajar yang tidak mempunyai buku ini sehingga anak murid ini tidak boleh memberi tumpuan dalam pelajaran dan selalu menekan ibu bapa supaya membeli buku baki meneruskan pelajaran. Tapi si anak terlupa yang ayahnya hanyalah seorang pemandu teksi yang tidak mempunyai pendapatan yang lumayan. Maka si ayah ni pun terpaksalah bekerja keras agar dia dapat membeli buku untuk si anak ini.

Jadi apakah penyelesaian terbaik untuk perkara ini? Pihak atasan, pihak jabatan pelajaran dan pihak sekolah harus mengadakan perbincangan tentang perkara ini dengan lebih terperinci. Bukan apa, kesian kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah dan kelaurga yang memiliki anak yang ramai.

Ini adalah sekadar perkongsian dan luahan dari saya. Saya tau ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Apa yang pasti, saya hanya ingin yang terbaik demi anak-anak saya dan juga untuk keluarga lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR