We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Friday, October 19, 2012

BAWAK KERETA SAMBIL SENYUM-SENARAI AES DI SELURUH NEGARA


Semenjak dua menjak ni, sibuk diperkatakan di media mengenai AES . Kenapa orang sibuk sangat dengan AES ni sampaikan media heboh memperkatakan tentangnya sampai menteri pun campur tangan? Ini jawapannya.


AES(Automated Enforcement System) atau dalam bahasa melayu nya, Sistem Penguatkuasaan Automatik ini adalah satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Tujuan AES ini dipasang adalah untuk mengubah sikap pemandu di negara kita supaya kadar kemalangan dapat dielakkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh baca di sini.

Apabila dibaca tentang AES ni, memang ada kebaikan tetapi setelah beberapa biji kamera AES ini dipasang, timbul beberapa masalah.

Masalah 1 : Flash terlalu terang.
Beberapa orang pemandu melaporkan tentang flash kamera yang begitu terang yang boleh mengganggu pengguna kenderaan.

Masalah 2 : Kedudukan pemasangan kamera tidak sesuai.
Sebuah media akhbar melaporkan kamera AES dipasang berdekatan dengan sebuah hospital dan ini mengundang masalah kepada pemandu yang berada dalam keadaan kecemasan seperti isteri hendak bersalin atau ditimpa kecelakaan.

Masalah 3 : Boleh mengundang kepada kemalangan.
Ada sesetengah pemandu mengatakan kamera tersebut boleh menyebabkan kemalangan kerana pemandu akan memeperlahankan kenderaan mereka dengan serta merta apabila melalui kawasan tersebut dan ini akan menyebabkan perlanggaran pada bahagian belakang jika pemandu belakang tidak perasan kenderaan di depannya memperlahankan kenderaan.

Itu adalah antara masalah yang digembar-gemburkan sebelum ini dan seharusnya pihak kerajaan membuat kajian dahulu sebelum memasang ke seluruh negara. Ini kerana ia melibatkan jumlah wang yang banyak untuk membangunkan sistem ini dan seharusnya ia adalah baik untuk rakyat dan negara.

Jadi, di sini saya sertakan senarai pemasangan kamera AES di seluruh negara untuk peringatan kepada semua pemandu. Selain di tepi jalan, ia juga dipasang di lampu isyarat bagi menangkap pemandu yang melanggar lampu merah.

klik di sini untuk download

Semoga info ini snagat berguna kepada anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR