Dia memanjat pokok mangga manakala abangnya sedang mengemas peralatan bekerja di dalam stor. Majikannya melihat pokok mangga bergoyang dan menyangka beruk sedang merosakkan buah pokok mangga tersebut. Lalu dia mengambil senapang dan menembang mangsa dan mangsa meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan parah. Majikannya ditahan untuk disoal siasat.
Pada pendapat saya, orang tua yang berumur 60 ke atas sudah tidak sesuai untuk menggunakan senapang. Mungkin majikan pekerja tersebut rabun dan tidak dapat melihat dengan jelas mangsa yang sedang memanjat. Tapi kalu rabun, macam mana majikannya boleh menembak mangsa dengan tepat.
Sebab tu lah kita nak apa-apa kena mintak dulu. Pekerja tu sepatutnya pergi ke rumah majikannya dan beritahu kepada majikannya bahawa dia ingin mengambil buah tapi semuanya dah berlaku. Jadi redha je la dan takziah kepada abang mangsa.
Kepada pencuri-pencuri buah pula, berhati-hati lah. Silap-silap hari bulan, buah tak dapat, peluru yang dapat.