We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Monday, October 8, 2012

KENAPA KHALWAT BERLELUASA?

Setiap hari di dalam akhbar, pasti akan terdapat berita mengenai beberapa pasangan yang bukan muhrim ditangkap berkhalwat. Ada yang ditangkap di hotel budget, ada yang ditangkap di taman-taman yang gelap, ada yang ditangkap di dalam rumah, ada juga yang ditangkap di dalam kereta dan lain-lain lagi.

Ada sesetengah kes, ibu bapa sendiri yang menangkap anak mereka sedang berdua-duaan dalam bilik tidur si anak. Macam mana perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandung 9 bulan 10 hari itu sanggup menconteng arang di muka ibubapa mereka sendiri.



Kebanyakkan kes khalwat ditangkap oleh jabatan agama Islam hasil laporan orang ramai dan juga rondaan yang sentiasa dilakukan untuk mengelakkan maksiat ini berlaku. Apabila ditangkap, pelbagai alasan pelik yang diberi. Antara alasan pelik yang pernah saya baca di akhbar ialah mereka tidur di hotel tersebut kerana dihalau oleh keluarga kerana tidak dibenarkan untuk menjadi pasangan kekasih. Logik ke alasan macam tu. Ada juga memberikan alasan yang mereka adalah pasangan yang sudah bertunang. Ni mungkin pasangan yang ponteng kelas agama Islam. Orang yang dah berkahwin je yang boleh bersetubuh, orang bertunang mana boleh. Itulah alasan yang diberikan oleh pasangan-pasangan yang ditangkap khalwat.

Khalwat ini tidak mengira umur,pangkat dan suasana. Pasangan yang ditangkap kadang ade yang berumur 16 tahun hingga ke 40 tahun. Mereka juga terdiri dari pelajar, penjawat awam dan yang paling menyedihkan adalah apabila ustazah juga pernah ditangkap khalwat. Pernah juga dilaporkan seorang nenek yang sudah mempunyai cucu berkhalwat.

Lihatlah betapa teruk dah negara kita sekarang. Maksiat di mana-mana. Mereka sanggup menyewa hotel untuk berkhalwat. Ada juga yang sanggup memasuki rumah pasangan mereka tanpa disedari oleh ibubapa pasangan dan ketika ibubapa pasangan tiada di rumah.

Adakah mereka tidak malu apabila ditangkap dan ibubapa atau ahli keluarga mereka harus ke balai polis bagi mengikat jamin mereka? Kenapa khalwat semakin berleluasa di negara kita?

1. Pengaruh pasangan.
    Pasangan lelaki atau perempuan akan memujuk pasangan mereka untuk berkhalwat bagi memnuhi      keinginan nafsu mereka.

2. Pengaruh rakan sebaya.
    Biasanya mereka akan mendengar rakan-rakan mereka bercerita tentang perkara ini dan menceritakan nikma bersama orang yang tersayang. Langsung tiada keburukan yang diceritakan sebaliknya semuanya indah bagi pasangan tersebut.

3. Peluang yang banyak untuk berkhalwat.
    Pasangan tersebut akan melakukan khalwat apabila berpeluang. Contohnya selepas menyaksikan konsert atau sambutan keraian.

4. Kurangnya kempen memerangi khalwat.
    Tiadanya kempen bagi menghapuskan khalwat ini yang akan menjurus kepada zina.

5. Kurang penguatkuasaan dijalankan.
    Pihak penguatkuasa kekurangan kakitangan dan ini akan mengurangkan pihak penguatkuasa untuk membuat rondaan di kawasan yang berisiko untuk pasangan berkhalwat.

6. Hukuman yang terlalu ringan.
    Hanya denda dan beberapa bulan penjara dikenakan kepada pasangan yang disabitkan kesalahan berkhalwat. Sebab itu, ada beberapa pasangan yang tidak serik dan akan melakukan semula perbuatan tersebut kerana hukuman yang tidak seberapa.

Itulah antara penyebab berlakunya peningkatan khalwat di negara kita. Memang perkara ini nampak tidak mampu menghancurkan negara tetapi dengan khalwat ini la ramainya bayi yang akan dibuang seperti sampah.

Jika kita sayangkan negara dan anak-anak kita maka sama-sama la kita memerangi khalwat ini dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mengetahui di kawasan anda ada orang berkhalwat. Bersama-sama la kita memerangi khalwat agar negara kita akan sentiasa dilindungi oleh Allha Taala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR