We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Sunday, October 14, 2012

NAFSU DI HADAPAN

Ketika asyik melayari internet, mencari info-info untuk diletakkan dalam blog, tiba-tiba terbaca tentang seorang gadis yang sedih dengan ketelanjurannya sehingga dia membunuh anak yang dilahirkannya itu. Ia membuang anaknya itu untuk menutup malu. Sedih dan pilu hati ini memikir gadis yang masih muda, 17 tahun umurnya tapi telah menjadi seorang ibu dan pembunuh insan yang tidak bersalah itu.


Kemanakah hilangnya pemikiran waras makhluk yang mempunyai akal bergelar manusia sekarang? Anak yang tidak berdosa, yang tidak bersalah, yang tidak tahu apa dibuang ibarat sampah. Kenapa semua ini berlaku?


Semuanya kerana nafsu. Apabila nafsu diletakkan lebih dari agama maka akan berlaku banyak keburukan dan contoh yang paling dekat adalah seperti khalwat, penzinaan dan pembuangan bayi. Sebab itu, Islam menyuruh kita berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan nafsu.

Tapi kita sekarang sangat mudah ditewaskan oleh nafsu. Walaupun dia bergelar ustaz atau ustazah, masih juga tidak dapat membendung nafsu mereka. Itulah bahana jika iman kita tidak kuat dan kita leka dengan dunia dan lupa pada akhirat.

Islam telah mengajar kita cara-cara untuk membendung nafsu ini. Antaranya ialah dengan berpuasa sunat, berzikir kepada Allah, berselawat kepada Rasulullah dan banyakkan membaca Quran. Yang penting, setiap kali kita nak lakukan maksiat, kita ingat bahawa Allah sedang perhatikan kita dan kita harus ingat mati ini tidak mengira masa. Sedang kita asyik buat maksiat, nyawa kita ditarik. Tak sempat nak bertaubat. Maka terima la hukuman kita di akhirat nanti.

Sebab tu kita disarankan untuk sentiasa meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita supaya iman kita dapat mengawal nafus yang sangat berbahaya jika tidak dikawal. Nafsu mampu menjatuhkan maruah dan kehormatan seseorang.

Sama-sama la kita menjaga amalan kita dan sentiasa berdoa agar diri kita sentiasa dilindungi dari melakukan maksiat dan berdoa agar kita dapat mengawal nafsu yang berada di dalam diri kita ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR