We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Wednesday, October 3, 2012

PASANGAN ARTIS DIARAH RUJUK

Pasangan dramatis Malaysia, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa oleh untuk merujuk Jabatan Agama Islam berkenaan status perkahwinan mereka yang dibina pada 1 Oktober 2000 itu. Ini kerana Rashidi Ishak telah melafazkan cerai kepada isterinya tetapi di dalam filem "Untuk Tiga Hari".

Mengikut kata Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, walaupun mereka ketika itu sedang berlakon tetapi ia tetap dikira dan perkahwinan mereka tidak sah di sisi Islam. Mereka disarankan untuk meneliti dahulu sesuatu watak atau skrip sebelum membuat keputusan untuk melakonkan scene berkenaan.

SUMBER : ARTIKELYAHOO


Itulah risiko apabila pasangan pelakon melakonkan watak sedemikian. Setiap perkara yang kita buat harus kita merujuk kepada orang yang lebih mengetahui tentang hukum agama ni. Pengarah filem, penerbit filem dan semua yang terlibat perfileman mungkin kurang arif tentang hal seperti ini.

Kalau nak diikutkan, sebenarnya baik Rashidi jer yang berlakon. Vanidah tu elok duduk rumah, didik dan asuh anak-anak, beri perhatian kepada anak-anak di rumah. Lagi pun, perempuan tidak elok berlakon. Saya pun pelik Rashidi ni, sanggup lihat isteri dia dipegang oleh orang lain, tidur sekatil dengan orang lain, tayang rambut kat orang lain? Dia tak sedar ke yang dia telah dayus kerana membiarkan isterinya mendedahkan aurat dan berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrimnya.

Kadang-kadang saya tengok Vanidah ni terdedah sebahagian auratnya, dia tak malu ke orang duk tengok. Tak pernah ke dia terfikir kenapa orang perempuan atau lelaki disuruh tutup aurat? Cuba tengok rakan artis yang telah insaf tu. Cantik, manis, sesuai sangat pakai tudung.

Jadi, untuk penyelesaian kes di atas, saya rasa elok pasangan ini berjumpa dengan pihak Jabatan Agama Islam dan terangkan perkara sebenar. Lepas tu, elokla Vanidah berhenti dari berlakon dan mencuba sesuatu yang lebih baik seperti berniaga.

Maaf jika ada peminat pasangan ini yang tidak berpuas hati dengan artikel saya ini. Saya bukan apa, mereka adalah saudara seIslam kita dan kita harus bantu mereka untuk kembali ke jalan yang lebih baik.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR