Dalam tandas pun tak pe yang penting, apa yang nak, dapat. Itulah yang berlaku kepada remaja berumur 16 tahun sanggup melakukan seks bersama kekasihnya di dalam tandas awam. Dia beberapa kali telah terlanjur dengan kekasihnya kini mula ketagih dan akan melakukan seks setiap kali bertemu dengan kekasihnya. Kadang-kadang dia akan melakukan perkara tersebut di rumahnya apabila keluarganya tiada di rumah.
Dia yang masih bersekolah akan membeli kondom yang berharga rm 3.50 di sebuah kedai di pekan Melaka sebelum melakukan seks bersama kekasihnya yang berumur 19 tahun. Kekasihnya itu adalah bekas pelajar di sekolah yang sama dengan remaja tersebut.
Dia telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di rumahnya apabila penduduk kampung memaklumkan terdapat seorang lelaki bukan muhrim memasuki rumah tersebut dan telah menyembunyikan motor di dalam semak belakang rumah remaja tersebut.
Ini lah keadaan remaja kita sekarang. Baru berumur 16 tahun tapi telah beberapa kali terlanjur dengan kekasihnya. Itu yang dapat ditangkap oleh jabatan agama. Yang tak tertangkap berapa ramai. Apa yang pasti memang ramai.
Remaja kita sekarang memiliki beberapa prinsip yang pelik. Remaja perempuan yang tidak mempunyai kekasih akan dipulaukan oleh kawan-kawan mereka. Yang paling teruk ialah remaja kita sekarang akan bangga apabila telah tiada dara. Itu lah remaja kita sekarang. Mereka terlalu terpengaruh dengan budaya barat yang tidak mementingkan tentang kehormatan diri mereka.
Inilah padahnya jika kita terlalu membiarkan anak kita dengan filem-filem dan drama-drama inggeris yang memaparkan adegan yang kurang elok untuk tontonan remaja kita. Mereka juga tidak didedahkan dengan ajaran agama sebaliknya lebih didedahkan dengan keindahan dunia seperti mengejar glamor dan memiliki kemewahan dan duit yang banyak.
Kita harus sedar remaja sekarang akan menjadi salah seorang pemimpin negara dan kita harus mendidik remaja ini dengan didikan yang baik supaya perkara yang baik akan berterusan. Jika kita ingin negara kita dalam kesusuhan maka biarkanlah kerosakan dan kemaksiatan memenuhi negara kita yang tercinta ini.
Rezeki ada di mana-mana, berusaha la untuk dapatkan nyer, jangan harap cukup makan jer
ARTIKEL MENARIK
PENGIKUT BLOG SAYA
Saturday, October 13, 2012
(SEKS) TANDAS PUN JADI
2012-10-13T10:42:00-07:00
Unknown
SEKS REMAJA|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CATATAN POPULAR
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. KENAPA REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA 1. Ibubapa kerana mereka...
-
padi dan lalang adalah dua jenis tumbuhan yang berbeza.padi mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding lalang yang banyak memenuhi setiap r...
-
Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendeda...