PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Wednesday, October 3, 2012

BAYI IBARAT SAMPAH

Setiap hari, di dada akhbar, pasti terselit berita tentang bayi dibuang, bayi ditinggalkan atau bayi dibunuh. Bila baca berita tersebut, terdetik dalam hati, adakah si ibu itu tiada rasa belas kasihan melihat bayi yang tidak berdosa itu dibuat sedemikian.

Kenapa si ibu begitu kejam sanggup melakukan perkara berikut kepada si kecil yang tidak tahu apa-apa? Mungkin dengan cara kejam begitu, hidup si ibu akan tenang tapi sebenarnya tidak. Apa yang dilakukan oleh si ibu itu pasti akan dibalas dan masa tu, insaf pun dah tak berguna. Benda dah jadi.



Kadang-kadang saya pelik, kes pembuangan dan pembunuhan bayi selalu diwar-warkan tetapi masih lagi terjadi? Adakah kempen yang dilakukan tidak meluas dan tidak merangkumi setiap tahap umur? Saya rasa dah tiba masanya kempen ini diterapkan ke setiap sekolah supaya pelajar-pelajar tahu keburukannya.

Dalam hal ini, apa yang menjadi punca kepada benda ini berlaku adalah kerana keinginan untuk mempunyai teman lelaki atau teman wanita. Kenapa saya berkata begitu? Cuba kita lihat pengakuan gadis-gadis yang telah terlanjur ni, semuanya mengaku menyerahkan kehormatan mereka kepada teman lelaki supaya mereka akan terikat dengan perhubungan tersebut. Tapi itu adalah anggapan yang silap. Apabila seseorang perempuan menyerahkan mahkotanya kepada lelaki yang bukan suaminya, maka dia sudah tidak ada keistimewaan seorang wanita.

Kalau setiap gadis sedar bahawa setiap jodoh telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap umatnya, jadi buat apa nak terhegeh-hegeh kat lelaki. Kalau lelaki itu ikhlas, dia pasti takkan melakukan perkara terkutuk tersebut. Di situ kita dah boleh nilai watak dan perangai seseorang lelaki itu.

Selain itu, pembuangan bayi ini juga diakibatkan oleh bohsia-bohsia atau minah-minah rempit yang menyerahkan tubuh mereka untuk mendapatkan duit segera. Apabila mereka mengandung, mereka akan membuang atau melakukan apa saja asalkan bayi tersebut tidak bersamanya.

Jadi, apakah penyelesaian untuk kes pembuangan bayi ini? Satu je. Rujuk lah pada Al-Quran. Di dalam itu ada dalam penyelesaiannya dan pemerintah juga harus memainkan peranan mereka bagi mencegah perkara begini. Kes begini mungkin tidak terjadi kepada mereka tapi rakyat adalah tanggungjawab mereka. Jadi tunaikan lah tanggungjawab yang diamanahkan. Jika penyelesaian tidak buat, saya pasti Malaysia akan jadi kacau-bilau dan tidak lagi aman.

Sama-samala kita menjaga keharmonian negara kita dan jauhilah penzinaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR