PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Thursday, October 11, 2012

(MACAM-MACAM) INGATKAN KERA RUPANYA JIRAN


Macam mana boleh tertukar tu. Mungkin penembak tu dah rabun kot. 60 tahun dah umur. Yang kena tembak pun umur 60 tahun jugak. Mungkin masa kena tembak tu, makcik tu tengah tunduk kot tak pun dah bongkok.



KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas di Jalan Sekolah Kampung Batu Tiong, Dungun di sini ditembak jiranya Selasa lepas kerana menyangka wanita itu seekor kera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi, wanita berusia 60 tahun itu sedang berada di depan rumahnya terdengar bunyi tembakan dan terasa sakit pada dadanya.

"Tembakan dilepaskan jiran mangsa yang juga seorang pengawal keselamatan.

Setelah mendengar mangsa mengerang kesakitan, suspek berusia 60 tahun itu bergegas ke rumah mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan.

"Suspek marahkan sekumpulan kera yang selalu merosakkan tanamannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR