PENGIKUT BLOG SAYA

Google+ Followers

EZYTOPUP



Friday, September 6, 2013

MINYAK NAIK SEMUA NAIK


Semua rakyat masih membincangkan isu kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Kenaikan harga minyak RON 95 dari RM 1.90 kepada RM 2.10 dan juga minyak diesel dari RM 1.80 kepada RM 2.00 mendapat rungutan dari rakyat dan ada juga rakyat yang bersetuju dengan kenaikan harga minyak ini.


Selepas harga minyak diumumkan, beberapa barang dan syarikat perkhidmatan penghantaran memaklumkan kenaikan pada harga yang ditawarkan masing-masing. Selain itu, harga rumah juga akan meningkat kerana kos penghantaran yang juga akan meningkat.

Apa yang dipersoalkan oleh rakyat ialah kenapa harga minyak harus dinaikkan sedangkan mengikut laporan, harga pasaran minyak dunia menurun? Kedua, kenapa PM menaikkan harga minyak sedangkan semasa kempen pilihanraya yang lalu, beliau berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak? Apa yang saya pelik, adakah pihak atasan tidak mengetahui nasib yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak ini.

Terbaru, satu syarikat pembekal ais telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga ais yang dibekalkan oleh syarikat tersebut akan dinaikkan sebanyak 50 sen kerana kenaikan harga minyak. Jika sebelum ini, harga barang mentah seperti ayam dan sayur naik, pihak atasan menyuruh kita mencari inisiatif lain bagi menggantikan barangan tersebut, adakah dengan kenaikan harga minyak ini, rakyat terpaksa mencari inisiatif lain bagi menggantikan minyak?

Di manakah janji pihak atasan yang ingin membantu rakyat, mengurangkan kesusahan rakyat, menjaga kebajikan rakyat, yang susah dibantu, yang perlukan bantuan disegerakan? Kenapa kita tidak mencontohi pemerintahan zaman nabi dan juga khalifah-khalifah dahulu yang berjaya menjana pendapatan dan kemakmuran negara walaupun menjalankan undang-undang Islam?

Saya bukan mengkritik pemerintahan sekarang, saya cuma menginginkan keadilan dan pemerintah yang berjiwa rakyat. Saya kasihan dengan rakyat yang terpaksa kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang bagi menyara persekolahan anak-anak mereka, menyediakan kemudahan dan keperluan mereka. Saya yakin dengan kenaikan harga minyak ini, makin ramai pasangan berkahwin yang akan bercerai akibat kekangan ekonomi dan tidak mustahil mungkin ada rakyat yang membunuh diri akibat stress dengan hutang dan perbelanjaan yang bertambah.

Tidak mustahil juga boleh saya katakan pendapatan along akan bertambah kerana makin ramai yang memilih untuk meminjam dengan along bagi membeli barang keperluan. Kadar jenayah juga pasti meningkat dan tak lama lagi negara kita akan jadi seperti negara-negara maju yang lain.

Cadangan untuk mewujudkan semula minyak RON 92 adalah bukan langkah penyelesaian sebaliknya ia menunjukkan mutu negara dan keadaan negara kita yang semakin mundur ke belakang. Mengikut kajian yang dilakukan, keadaan enjin sekarang tidak sesuai dengan minyak RON 92 dan jika penggunaannya diteruskan, enjin akan cepat rosak dan pelbagai masalah kepada kenderaan akan timbul.

Ini hanyalah luahan dan pendapat saya. Saya berharap luahan saya ini tidak disalah erti dan saya sebagai rakyat berhak untuk bersuara.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR