We design a professional website for you in just 7 Days!

PENGIKUT BLOG SAYA

EZYTOPUP



Sunday, December 30, 2012

TANAH RUNTUH DI BUKIT SETIAWANGSA


Heboh di akhbar, televisyen, radio dan internet mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur.

WANITA BOGEL KEJAR DI MASJIDIL HARAM

Dato' Dr Haron Din telah berkongsi satu kisah benar yang berlaku kepada seorang hamba Allah ketika berada di Tanah Suci. Kisah ini telah banyak tersebar di laman sesawang ni dan mungkin anda sudah tahu ceritanya melalui tajuk di atas.

REBAT RM 200 UNTUK TELEFON RM 500

Akhirnya janji Perdana Menteri semasa Bajet 2013 mengenai rebat RM 200 untuk telefon pintar 3g akan dilaksanakan bermula Januari 2013 ini.

Friday, December 28, 2012

KEMALUAN BESAR TAK BOLEH SERTAI POLIS


Itu lah yang berlaku di Jakarta, Indonesia. Pihak polis tidak membenarkan mana-mana lelaki yang telah membesarkan kemaluan mereka menyertai pasukan polis.

STATUS DI FACEBOOK

Setiap pemilik Facebook akan buat status dan status yang menarik, pelik dan tak masuk akal akan dikomen, dikutuk dan di'like'. Jom kita tengok antara status Facebook yang pelik dan tak tahu la nak kata.

JERAWAT MENGHANTUI



Umum mengetahui kesihatan merupakan elemen utama untuk kelihatan cantik. Pemakanan yang tidak sihat, tidur tidak cukup dan tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh mengakibatkan masalah jerawat, kegemukan atau penyakit berbahaya seperti kanser payu dara, sakit jantung dan sebagainya.

BAGAIMANA MENGHILANGKAN MASALAH KEHITAMAN DI BAWAH LENGAN



Punca paling utama terjadinya masalah bawah lengan hitam adalah disebabkan kulit bersentuhan di antara bawah lengan yang menyebabkan meninggalkan kesan hitam yang sukar diputihkan.

PENYELESAIAN MULUT BERBAU



Bau mulut yang kurang enak mengundang masalah untuk kita bercakap ataupun beramah mesra. Apatah lagi jika kerja kita memerlukan berinteraksi dekat dengan seseorang.

Bagi mereka yang sudah berkahwin juga selalu mengalami masalah mulut berbau namun tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan masalah tersebut.

Antara punca yang menyebabkan mulut berbau adalah faktor merokok, ataupun kita sendiri tidak sedar ada gigi rosak ataupun berlubang yang membawa kepada pembiakan bakteria seterusnya menyebabkan mulut berbau.

Ikuti tip-tip ini untuk menyah bau mulut secara total.

Wednesday, December 26, 2012

CARTA WARNA AIR KENCING

Setiap warna air kencing kita menggambarkan keperluan tubuh kita kepada air. Jadi, berpandukan carta di bawah, anda dapat mengetahui keadaan diri anda.

HANYA DI SINGAPURA

Sebelum ini kita telah melihat kepelikan yang terdapat di negera China. Kali ini saya ingin kongsikan kepada anda kepelikan rakyat negara jiran kita, Singapura. Sama-sama saksikan.

Friday, December 14, 2012

SITUASI REMAJA 15 TAHUN DAHULU DAN 15 TAHUN SEKARANG

Masa berlalu, sekarang dah 2012, tak lama lagi 2013 pula tanpa kita sedari. Macam-macam dah berubah termasuk la remaja dari semua segi.

PANAS : 10 BERITA PENCERAIAN ARTIS MALAYSIA 2012


Tahun 2012 juga menyaksikan kemelut dalam perkahwinan beberapa pasangan selebriti Malaysia. Malah ada yang tidak mampu mepertahankan rumahtangga sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai. Semoga mereka yang telah berkahwin di luar sana mengambil iktibar daripada apa yang telah terjadi kepada mereka.

IPHONE 5 YANG DITUNGGU-TUNGGU

Pada 14 Disember 2012, Iphone 5 mula dilancarkan di Malaysia oleh syarikat telekomunikasi. Pelbagai acara diadakan bagi menyambut kehadiran telefon pintar keluaran syarikat Apple ini.

DICABUL PELAKON TAMBAHAN DALAM UJI BAKAT


Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR : “Dia menyuruh saya melakonkan adegan dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan berusia dalam lingkungan 40-an ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.

HANYA DI CHINA 4



Aksi Pemandu Ramas Payudara Teman Wanita Dalam Kereta Dirakam Oleh Kamera AES - Seorang pemandu mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas polis trafik tempatan selepas kamera perangkap laju (AES) didakwa merakamnya memandu melebihi had laju di lebuh raya di Wilayah Sichuan, China sambil meramas payudara penumpang wanita di sebelahnya.

Monday, December 10, 2012

PANAS : PEKERJAAN ORANG TERKENAL SEBELUM JADI TERKENAL

Pasti korang tak tau kan apa pekerjaan asal artis dan tokoh politik terkenal di negara kita sebelum mereka terkenal. Ini rahsianya.

PELIK : HANYA DI CHINA 3

Bertemu sekali lagi dalam Hanya Di China. Kali ini kita tengok pula apa kepelikkan terbaru orang Cina di China.

Saturday, December 8, 2012

HANYA DI CHINA 2

China mempunyai bilangan penduduk yang sangat ramai kerana mempunyai negara yang luas. Oleh kerana ramai penduduk maka ramai la ragamnya. Jom tengok perangai pelik penduduk China.

Friday, December 7, 2012

PELIK : HANYA DI CHINA 1

China adalah sebuah negara yang sedang berkembang maju dari segi ekonomi dan sukan. China dikenali di seluruh dunia dengan kehebatan projek-projek mega yang dibangunkan oleh pemerintah bagi menarik pelancong ke nagara mereka. Ribuan bilion dollar dihabiskan untuk tujuan tersebut.

Saturday, December 1, 2012

KEMALANGAN - ADAKAH ADA PENYELESAIAN?


Negera telah digemparkan dengan kemalangan melibatkan kematian lima skeluarga di Mersing, Johor. Kemalangan itu melibatkan sebuah MPV dan lori tangki.

Wednesday, November 28, 2012

PERANGAI PELIK PEMILIK LAMAN SOSIAL MALAYSIA 1

Sebelum pasukan Harimau Malaya turun menentang Laos dalam saingan piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Bukit Jalil, laman sosial Facebook dan Twitter telah digemparkan oleh dua pemilik akaun tersebut yang kemungkinan kabel dalam otaknya telah putus. Nampaknya Johari Pain dah ada skuad pelapis.

Tuesday, November 27, 2012

VIEW MENCAPAI 5 ANGKA

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua pengunjung, pembaca dan yang singgah sekejap di blog saya ini. Dengan kehadiran anda, blog saya telah mencapai 10 ribu paparan dan itu adalah bantuan daripada anda semua.

BOIKOT SEKEJAP

Ketika rakyat Gaza diserang oleh yahudi, pelbagai pihak menganjurkan pelbagai program bagi menunjukkan penentangan terhadap yahudi. Antara program tersebut adalah boikot, perarakan, memijak dan membakar bendera yahudi.

ISLAM PADA NAMA

Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan penampilan seorang pelakon wanita melayu yang berpakaian amat menjolok mata di Shout Award. Dengan berbaju yang nipis dan berseluar pendek, dia tampil di hadapan ribuan peminat yang menyaksikan majlis tersebut. Ada peminat yang terkejut dan ada juga peminat yang bersorak apabila pelakon tersebut keluar setelah dipanggil oleh pengacara. Anda tahu siapa pelakon tersebut?

Sunday, November 25, 2012

GAZA DISERANG YAHUDI-MALAYSIA DISERANG RAKYAT SENDIRI

Pemuda Gaza membantu kanak-kanak yang cedera ke hospital.

Setiap umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin di Gaza yang diserang oleh yahudi laknatullah tapi sedar tak sedar, negara kita juga diserang. Oleh siapa?

Siapa lagi kalau bukan rakyat sendiri. Kenapa saya berkata begitu?

Friday, November 23, 2012

What your biggest fear is and how it affects your life?

Apakah benda yang paling menakutkan untuk anda?

Benda yang saya paling takutkan ialah binatang berbisa iaitu Ular. Tapi yang peliknya saya suka melihat rancangan Discovery Channel berkenaan dengan Ular. Tengok boleh tapi nak pegang takut.

Kalu jumpa macam ni, tak tau la nak buat macam mana? Alamatnya lari je la..hehehe

Bagaimanakah ianya memberi kesan kepada kehidupan anda?

Kenapa Ular memberi kesan kepada kehidupan saya? Semestinya saya akan jawab saya geli dengan Ular dan sangat takut untuk berhadapan dengan Ular terutama yang berbisa. Setiap kali membersihkan kawasan rumah, perkara yang paling saya takut ialah jika saya terserempak dengan Ular. Saya berdoa dahulu sebelum mengangkat barang di belakang rumah yang terbiar takut berjumpa dengan Ular. Saya berani menyentuh Ular ketika haiwan tersebut mati la tapi itu pun sentuh pakai kayu. Kalu pakai tangan, mintak maaf banyak-banyak, geli..hehehehe

Ni yang takut sangat dengan ular ni. Kan dah kena tu. Memang cari penyakit la mamat ni.

Tapi sampai bila saya nak takut dengan Ular ni kan. Jadi, saya amat berharap agar suatu hari nanti saya diberi peluang untuk memberanikan diri saya menyentuh Ular dan bermain dengan Ular. Saya harus buang ketakutan ini supaya saya dapat hidup dengan lebih baik dari sebelum ini.

Kenapa sentuh bab ketakutan ni?
Saya menyentuh bab ketakutan ini kerana Astro akan menganjurkan sebuah rancangan berunsurkan ketakutan. Rancangan tersebut dikenali sebagai Astro’s Fear Factor Malaysia yang akan disiarkan pada awal bulan Disember ini.

Inilah dia pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia musim ini. Muka pun ganas tu. Lagi fear la peserta..hehehe

Rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz dan disertai oleh 30 orang artis ini iaitu Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin. Mereka akan diuji dari segi ketahanan fizikal dan mental mereka bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberi dan semestinya
tugasan yang diberi amat menakutkan selebriti tersebut.

Selebriti Fear Factor yang akan mengatasi ketakutan mereka. Sama-sama kita saksikan.

Kenapa nak tengok rancangan Astro’s Fear Factor Malaysia ni?
Mestila nak tengok sebab saya nak tengok macam mana selebriti Malaysia ni mengatasi setiap tugasan yang diberikan dan mampukah mereka mengatasi ketakutan mereka ketika menyelesaikan tugasan tersebut. Mesti ade selebriti yang menangis ni.hehehehe.


Ok, pada pandangan awak, siapa akan muncul juara untuk Astro’s Fear Factor Malaysia kali ini?
Emm susah jugak nak jawab tu sebab semua selebriti yang join ni hebat-hebat tapi setiap yang hebat pasti ada yang paling hebat. Pilihan saya ialah Dr Faiz. Dia kan angkasawan. Mesti dia kena berani. Kalu setakat tempat tinggi tu, kacang je bagi dia. Dia juga semestinya sentiasa menjaga stamina dan kesihatan dia. Saya yakin Dr Faiz akan muncul juara untuk Astro’s Fear Factor Malaysia musim ini.



“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”

PELAKON TERKENAL MEMPERSENDA HUKUM AGAMA

Ramai sudah mengetahui tentang seorang pelakon terkenal negara yang telah mempersenda hukum agama Islam di Anugerah Skrin baru-baru ini. Pelakon tersebut berniat mempersenda sebuah stesen tv berunsur keagamaan tetapi sebenarnya apa yang dikatakan itu telah memperkotak-katikkan agama.


Wednesday, November 21, 2012

PUNCA PENGARUH LUCAH DI MALAYSIA



Pengaruh melibatkan perkara lucah makin berkembang di negara kita tanpa kita sedari. Pelbagai sumber mengundang kepada perkara lucah yang mana telah mempengaruhi pemikiran remaja kita sekarang. Kini, budak darjah 6 pun dah pandai menyebut perkataan lucah tanpa malu-malu malah berani menyebut perkataan tersebut di hadapan orang yang lebih tua dari mereka.

Monday, November 19, 2012

TAHUN BARU HIJRAH-AZAM TAHUN BARU ISLAM


Pada hari Khamis yang lalu, umat Islam di seluruh dunia menyambut 1 Muharam 1434 Hijrah. Pelbagai program dibuat untuk bagi menunjukkan keistimewaan awal Muharam ini melalui ceramah, perarakan, pertandingan nasyid dan lain-lain.

Monday, November 5, 2012

FILEM BERTEMAKAN SAMSENG MELAYU-KESANNYA KEPADA MASYARAKAT

Kongsi adalah salah satu filem bergenre samseng yang diminati ramai.

Taikun, Budak Pailang, KL Gangster adalah antara filem-filem yang memaparkan tentang kehidupan atau suasan samseng melayu di Malaysia. Walaupun ada pelakon berbangsa lain tapi kebanyakkan pelakon adalah melayu. Kalau dulu kita disajikan dengan filem seram, tahun ni pula filem bertemakan samseng.

PERANGAI DREBAR BAS


Sejak berpindah ke Kangar ni, bas adalah pengangkutan penting bagi ku untuk pulang ke kampung atau pun dari kampung nak ke tempat kerja di Kangar. Jadi, drebar bas ini ibarat drebar aku la bila aku nak balik ke kampung. Drebar bas ni pun manusia kan jadi masing-masing ade perangai tersendiri. Setiap kali balik kampung, aku suka naik bas kuning, malas la nak sebut nama nanti terasa pulak drebar aku..hehehe

LAGU UNTUK KEKASIH


Setiap stesen radio dan televisyen memainkan lagu yang merdu dan yang pasti lagu untuk pasangan kekasihdan percintaan. Ada lagu untuk pasangan  kekasih yang sedang hangat bercinta, lagu putus cinta dan ada juga lagu untuk kembali berkasih. Boleh dikatakan keseluruhan lagu yang keluar dari corong radio adalah lagu bertemakan pasangan kekasih.

Thursday, November 1, 2012

MALAM JUMAAT-FAHAMAN MASING-MASING


Malam Jumaat adalah malam yang sangat diminati oleh sesetengah pihak dan amat ditakuti oleh sesetengah pihak. Kenapa saya kata macam tu?

Wednesday, October 31, 2012

KENAPA AKU DIANIAYA KETUA JABATAN


Sedih, geram dan marah. Itulah perasaan aku apabila aku mengetahui bahawa aku telah dianiaya oleh ketua jabatan aku. Apa silap aku? Kalu betul aku ada silap dengan kau, kenapa kau tak pernah tegur aku atau panggil aku dan berbincang elok-elok dengan aku? Kenapa kau harus menghukum aku sebegini?

29 ARTIS YANG DIBERIKAN HIDAYAH

Bersyukur dan terharu sangat-sangat apabila melihat beberapa artis telah diberikan hidayah oleh Allah Taala. Daripada pakaian yang mendedahkan aurat dan menjolok mata, sekarang mereka tampil dengan imej yang lebih indah dipandang. Manis dan sejuk mata memandang. Bertuah lelaki yang dapat menjadikan mereka ini isteri kerana dah la cantik malah menutup aurat lagi. Semoga mereka akan menjadi isteri yang baik dan solehah. 

Monday, October 22, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI-AMALAN SUNAT BULAN ZULHIJJAH


Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengumumkan Hari Raya Haji jatuh pada hari ke 10 Zulhijjah 1433 bersamaaan 26 Oktober 2012 iaitu hari Jumaat ini. Jadi, sempena sambutan Hari Raya Haji ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji kepada semua pengikut blog saya dan pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini.

Sunday, October 21, 2012

PATI MAKIN BERANI 2-BUNUH ANAK SENEGARA KERANA "GILA"


Terbaca satu berita tentang dua rakyat warga Kemboja telah memukul dan mencekik budak berumur lima tahun sehingga mati. Budak tersebut merupakan anak kepada kawan mereka yang juga warga Kemboja. Budak itu dibunuh dan dibungkus sebelum dibuang ke dalam semak di belakang sebuah semuah. Semua ini disebabkan oleh seorang budak lima tahun mengejek mereka dengan perkataan 'GILA'.

PIALA MALAYSIA MILIK KELANTAN, MUNCUL JUARA TREBLE BUAT KALI PERTAMA


Kelantan melakar kejayaan cemerlang apabila menjulang Piala Malaysia 2012 setelah menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam ini. Indra Putra Mahayuddin muncul wira pasukan ''The Red Warriors'' apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit.

Saturday, October 20, 2012

FINAL PIALA MALAYSIA 2012



Tepat jam 8.45 malam ini, sebahagian besar penonton akan menunggu di hadapan televisyen untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2012 yang akan mempertemukan dua juara iaitu juara liga super, Kelantan dan juara liga perdana, ATM. Perlawanan ini akan dilangsungkan di RTM 1 dan Astro Arena 801.

Friday, October 19, 2012

BAWAK KERETA SAMBIL SENYUM-SENARAI AES DI SELURUH NEGARA


Semenjak dua menjak ni, sibuk diperkatakan di media mengenai AES . Kenapa orang sibuk sangat dengan AES ni sampaikan media heboh memperkatakan tentangnya sampai menteri pun campur tangan? Ini jawapannya.

Thursday, October 18, 2012

(PANAS) PENGARAH MOHON MAAF KEPADA PELAKON KERANA FILEM

Terbaca satu artikel mengenai seorang pengarah yang juga pelakon filem memohon maaf kepada pelakon filem tersebut secara terbuka. Ini kerana keadaaan pelakon tersebut ketika ini telah berubah sepenuhnya. Ketika pengambaran filem tersebut, pelakon itu tidak lagi bertudung, tetapi setelah filem itu siap, pelakon tersebut telah menutup aurat dan tidak lagi berpakaian menjolok mata.

Monday, October 15, 2012

RM 700,000 TERBANG BEGITU SAHAJA

Gambar sekadar hiasan.

Itulah yang berlaku kepada kepada 6 orang penculik yang telah ditangkap kerana menculik seorang remaja berumur 15 tahun. Wang tebusan yang berjumlah RM 700,000 itu dijanjikan untuk diberikan kepada penculik sebagai pertukaran dengan tebusan.

(MACAM-MACAM) HARI TU KERA, NI BERUK PULAK


Hari itu seorang warga emas ditembak kerana disangkakan kera, baca entri. Yang ni pulak beruk. Seorang pekerja warga asing telah ditembak oleh majikannya sendiri yang berumur 71 ketika memanjat pokok mangga berhampiran rumah majikannya itu di Kuantan, Pahang. Pekerja warga Indonesia berumur 39 tahun itu mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Sunday, October 14, 2012

NAFSU DI HADAPAN

Ketika asyik melayari internet, mencari info-info untuk diletakkan dalam blog, tiba-tiba terbaca tentang seorang gadis yang sedih dengan ketelanjurannya sehingga dia membunuh anak yang dilahirkannya itu. Ia membuang anaknya itu untuk menutup malu. Sedih dan pilu hati ini memikir gadis yang masih muda, 17 tahun umurnya tapi telah menjadi seorang ibu dan pembunuh insan yang tidak bersalah itu.

Saturday, October 13, 2012

(SEKS) PASANG GELANG UNTUK PANJANG DAN KEPUASAN


Pelbagai cara atau teknik termasuk beberapa alat untuk meningkatkan kepuasan seksual dan memanjang zakar. Terbaru, bomba terpaksa memotong nat besi yang dipasang pada zakar seorang lelaki yang berusia 30-an di hospital. Tindakan tersebut dilakukan apabila zakar lelaki tersebut bertukar menjadi lebam dan hitam akibat salur darah tersekat.

(SEKS) TANDAS PUN JADI

Dalam tandas pun tak pe yang penting, apa yang nak, dapat. Itulah yang berlaku kepada remaja berumur 16 tahun sanggup melakukan seks bersama kekasihnya di dalam tandas awam. Dia beberapa kali telah terlanjur dengan kekasihnya kini mula ketagih dan akan melakukan seks setiap kali bertemu dengan kekasihnya. Kadang-kadang dia akan melakukan perkara tersebut di rumahnya apabila keluarganya tiada di rumah.


Dia yang masih bersekolah akan membeli kondom yang berharga rm 3.50 di sebuah kedai di pekan Melaka sebelum melakukan seks bersama kekasihnya yang berumur 19 tahun. Kekasihnya itu adalah bekas pelajar di sekolah yang sama dengan remaja tersebut.

(PELIK) PORSCHE RM 900, 000 DILARIKAN DARI BILIK PAMERAN


Pelik-pelik.. Macam mana sebuah kereta Porsche boleh dilarikan dari bilik pameran oleh seorang lelaki sedangkan bilik tersebut dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan? Jawapannya, ketika kereta tersebut dicuri, hanya seorang pengawal yang berjaga ketika itu.

Friday, October 12, 2012

BAJET 2013-ISU KENAIKAN HARGA GULA

Bajet 2013 hampir 6 minggu telah berlalu tetapi masih lagi terdengar ketidakpuasan hati daripada pemimpin pembangkang dan rakyat yang berpendapatan rendah. Apa yang mereka tidak puas hati bukannya pasal rebet telefon, skim rumah pertama dan hal-hal berkaitan ekonomi negara tapi apa yang mereka risaukan ialah kenaikan harga gula.

Gula adalah komponen yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kenapa saya kata penting? Ini kerana gula digunakan hampir dalam semua masakan dan minuman di seluruh negara dan ia mempunyai keistimewaan yang sangat penting.

Thursday, October 11, 2012

(LANJUTAN) ANAK AMY SEARCH NAMPAK TAYANG PAHA DI ANUGERAH BLOCKBUSTER

Ini adalah maklum balas yang telah diberikan oleh pemilik gambar seksi dalam entri ANAK AMY SEARCH NAMPAK TAYANG PAHA DI ANUGERAH BLOCKBUSTER, Nabila huda mengenai gambar seksinya ketika menghadiri Anugerah Blockbuster tersebut.


NABILA Huda si pelakon yang kini sedang hangat dengan drama bersiri “Julia” sekali lagi naik carta kontroversi kerana didakwa terlalu seksi sewaktu menghadiri majlis “Anugerah Blokbuster 2012 anjuran syarikat televisyen berbayar di Stadium Melawati, Shah Alam hujung minggu lalu. 

Dress hitam rekaan Aliabastamam yang disarung Nabila nampak cukup cantik pada badannya. Namun ada yang sakit mata melihat belahan gaun tersebut sehingga melepasi peha serta mempunyai bukaan pada bahagian antara dada dengan sedikit badannya. Lantas anak perempuan vokalis Amy Search ini dihentam teruk sebab dikatakan tidak sensitif dan terlalu seksi.

(MACAM-MACAM) INGATKAN KERA RUPANYA JIRAN


Macam mana boleh tertukar tu. Mungkin penembak tu dah rabun kot. 60 tahun dah umur. Yang kena tembak pun umur 60 tahun jugak. Mungkin masa kena tembak tu, makcik tu tengah tunduk kot tak pun dah bongkok.

BUANG BAYI KAT MASJID

Emm..Buang bayi lagi. Ni mesti nak suruh qariah masjid kebumikan mayat anak dia dan pastinya si ibu bagi anak tersebut adalah orang Islam. Time kebumi tau pula nak cara Islam, bila buat perkara tu tak fikir hal Islam ke? Berhentila berzina. Kalu nak sangat, kawin cepat-cepat.


ALOR SETAR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang ahli kariah Masjid Ar-Rahman, Alor Merah di sini tidak menyangka beg plastik yang ditemui di hadapan tandas wanita masjid itu malam tadi mengandungi mayat bayi lelaki.

MENGAMUK DI HOSPITAL-TAK PUAS HATI DENGAN LAYANAN

Macam-macam orang sekarang ni. Kalu kat hospital sakit jiwa tak pe la kalu nak mengamuk. Ni kat hospital biasa. Bekas tentera pulak tu. Mesti kuat tu.


IPOH, 9 Okt (Bernama) -- Seorang bekas tentera dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.

SEDAP SEKEJAP TUA DALAM PENJARA

Tua la engkau dalam penjara. Pandai sangat nak rogol anak orang. Kan dah kena. Padan muka. Rosak masa depan ank orang.

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang penghantar surat hari ini dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan merogol seorang pelajar di kawasan semak di Gombak, dekat sini, pada April tahun lepas.


Hakim Rozianayati Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Mazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tuesday, October 9, 2012

ANAK AMY SEARCH NAMPAK TAYANG PAHA DI ANUGERAH BLOCKBUSTER


Sape-sape yang lihat pasti ada yang terkejut dan ada yang mungkin tak kisah dengan pakaian anak Amy Search, Nabila Huda ketika menghadiri Anugerah Blockbuster 2012. Dia yang hadir dengan pakaian hitam labuh mendedahkan bahagian lengan, perut, bahagian atas dada dan pahanya. Pakaian yang dilihat seperti pakaian artis barat itu menjadi tumpuan juru gambar kerana terlampau seksi.

PATI MAKIN BERANI-ROGOL SEORANG WANITA SECARA BERGILIR SELAMA 4 JAM

Hari ini negara kita digemparkan dengan berita utama Harian Metro yang mengisahkan seorang wanita rakyat Malaysia berumur 28 tahun dirogol oeh 10 orang lelaki warga Myanmar secara bergilir selama 4 jam. Wanita berkenaan diculik ketika menunggu bas di hentian bas dan diculik oleh warga Myanmar.

Kesian wanita tersebut. Dia tidak mampu melakukan apa-apa dan pastinya dia akan mengalami trauma yang kuat. Saya amat berharap agar kesemua 10 lelaki tersebut ditangkap dan dihukum dengan berat, setimpal dengan apa yang dilakukan.

Monday, October 8, 2012

KENAPA HARUAN MAKAN ANAK?

Setiap rakyat Malaysia pasti tau dengan simpulan bahasa 'haruan makan anak'. Ia menggambarkan seorang ayah merampas kehormatan anak perempuannya atau saudara mara lelaki yang mengambil kesempatan ke atas saudara perempuan mereka sendiri.

Mereka tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut tanpa memikirkan masa depan mangsa yang gelap keran mahkota diri mereka telah dirosakkan oleh orang yang mereka percayai dan mereka sayangi dan juga darah daging mereka sendiri.

KENAPA KHALWAT BERLELUASA?

Setiap hari di dalam akhbar, pasti akan terdapat berita mengenai beberapa pasangan yang bukan muhrim ditangkap berkhalwat. Ada yang ditangkap di hotel budget, ada yang ditangkap di taman-taman yang gelap, ada yang ditangkap di dalam rumah, ada juga yang ditangkap di dalam kereta dan lain-lain lagi.

Ada sesetengah kes, ibu bapa sendiri yang menangkap anak mereka sedang berdua-duaan dalam bilik tidur si anak. Macam mana perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandung 9 bulan 10 hari itu sanggup menconteng arang di muka ibubapa mereka sendiri.

Wednesday, October 3, 2012

BAYI IBARAT SAMPAH

Setiap hari, di dada akhbar, pasti terselit berita tentang bayi dibuang, bayi ditinggalkan atau bayi dibunuh. Bila baca berita tersebut, terdetik dalam hati, adakah si ibu itu tiada rasa belas kasihan melihat bayi yang tidak berdosa itu dibuat sedemikian.

Kenapa si ibu begitu kejam sanggup melakukan perkara berikut kepada si kecil yang tidak tahu apa-apa? Mungkin dengan cara kejam begitu, hidup si ibu akan tenang tapi sebenarnya tidak. Apa yang dilakukan oleh si ibu itu pasti akan dibalas dan masa tu, insaf pun dah tak berguna. Benda dah jadi.

PASANGAN ARTIS DIARAH RUJUK

Pasangan dramatis Malaysia, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa oleh untuk merujuk Jabatan Agama Islam berkenaan status perkahwinan mereka yang dibina pada 1 Oktober 2000 itu. Ini kerana Rashidi Ishak telah melafazkan cerai kepada isterinya tetapi di dalam filem "Untuk Tiga Hari".

Mengikut kata Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, walaupun mereka ketika itu sedang berlakon tetapi ia tetap dikira dan perkahwinan mereka tidak sah di sisi Islam. Mereka disarankan untuk meneliti dahulu sesuatu watak atau skrip sebelum membuat keputusan untuk melakonkan scene berkenaan.

SUMBER : ARTIKELYAHOO

Tuesday, October 2, 2012

REMAJA BAWAH UMUR MAKIN RAMAI HISAP ROKOK



Sedih bila lihat budak Tingkatan 1 dah pandai hisap rokok. Lepas itu, asap tu boleh buat pelbagai bentuk lagi. Bentuk cincin la bentuk bintang la, macam-macam lagi.

Bukan masalah bentuk asap yang dicoretkan di sini tapi situasi budak Tingkatan 1 yang mula dah pandai hisap rokok. Bila kita tegur, diorang boleh marah kita balik. Makin teruk perangai budak-budak sekarang.

Apakah punca berlakunya perkara macam ni? Ini adalah antara pendapat saya mengenai perkara ini.

Monday, October 1, 2012

MACAM NI LA KALU KERJA BAWAH ORANG siri 2

Gambar sekadar hiasan.

Saya nak sambung artikel yang dulu mengenai diri saya di bawah tajuk MACAM NI LA KALU KERJA BAWAH ORANG.

Selepas kawan saya mengambil saya di stesen bas, saya pun dihantar ke pejabat tempat saya bekerja untuk melapor diri kepada ketua jabatan saya. Perasaan agak berdebar sambil berkata dalam hati, Ooo ni la tempat keje baru aku, ok jugak. Tapi dalam kepala masih lagi memikirkan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan di Terengganu. Macam mana keselamatan diorang? Makin fikir, makin risau jadinya.

(TERKINI) KAWAN AJAK PONTENG TENGOK KAWAN KENA ROGOL

Gambar sekadar hiasan.

Seorang pelajar berumur 15 tahun telah dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah kedai cuci kereta di Kuala Lumpur. Dia yang sedang dalam perjalanan ke sekolah telah diajak untuk ponteng sekolah oleh kawannya dan di bawa ke kedai cuci kereta tersebut. Dia lalu dirogol oleh sekumpulan lelaki yang telah menunggu di dalam kereta tersebut. Dia meminta kawan yang bersamanya supaya menolongnya tetapi kawan tersebut hanya tengok dia dirogol

Selama 2 hari di dikurung di dalam kedai tersebut dan berjaya meloloskan diri. Dia lalu membuat laporan di balai polis.

SUMBER : MYMETRO

Sunday, September 30, 2012

(PANAS) LGBT RANCANG ANJUR HARI LEHER-V


LGBT atau dikenali sebagai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual akan menganjurkan Hari Leher-V peringkat kebangsaan pada 1 Oktober ini. Lokasi tidak diketahui. Program ini disokong oleh seorang paderi gay di Malaysia.

(PANAS) FILEM ZIZAN BUAT HAL LAGI

Salah satu adengan dalam filem Hantu Kapcai

Sekali lagi Zizan tampil dengan filem yang menjadi sebutan melibatkan penghinaan kepada agama Islam. Kalau dulu filem Hantu Bonceng, sekarang filem hantu jugak tapi Hantu Kapcai. Pengarah filem Hantu Kapcai ini, Ghaz Abu Bakar menolak dakwaaan mengatakan adegan alam barzakh dan roh yang diselitkan dalam filem tersebut dikatakan berniat menghina Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CATATAN POPULAR